PAKATAN HARAPAN KEDAH BELUM BERANI UMUM PEMBAHAGIAN 36 KERUSI DUN

PAKATAN HARAPAN KEDAH BELUM BERANI UMUM PEMBAHAGIAN 36 KERUSI DUN - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAKATAN HARAPAN KEDAH BELUM BERANI UMUM PEMBAHAGIAN 36 KERUSI DUN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAKATAN HARAPAN KEDAH BELUM BERANI UMUM PEMBAHAGIAN 36 KERUSI DUN
link : PAKATAN HARAPAN KEDAH BELUM BERANI UMUM PEMBAHAGIAN 36 KERUSI DUN

Baca juga


PAKATAN HARAPAN KEDAH BELUM BERANI UMUM PEMBAHAGIAN 36 KERUSI DUN

Pakatan Harapan (PH) Kedah belum berani mengumumkan agihan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri kerana bimbang akan timbul rasa tidak puas hati antara empat parti – Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP.

PH Kedah tidak mahu peristiwa ‘pemberontakan dan perang mulut’ soal agihan kerusi berlaku seperti di Negeri Sembilan dan Selangor berulang di negeri kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan

Walaupun Pengerusi PH Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan agihan kerusi sudah selesai, kuota bagi setiap parti belum boleh diumumkan.

“Kita perlukan kelulusan Majlis Presiden Harapan secara rasmi. Selepas itu kita umumkan,” katanya kepada sebuah akhbar tabloid semalam.

Mukhriz menepis dakwaan kononnya Pakatan Harapan Kedah gagal bersatu kerana masing-masing mahu menerajui negeri ini dengan mendominasi jumlah kerusi yang ditandingi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PPBM menjelaskan agihan kerusi di Kedah berjaya dimuktamadkan dalam mesyuarat jawatankuasa pembahagian kerusi Pakatan Harapan Kedah, minggu lalu termasuk empat kerusi DUN yang sebelum ini menjadi rebutan antara empat parti.

Saya andaikan semua pihak pastinya ada wujud rasa kurang puas hati, atau mungkin berpuas hati dengan apa yang dimuktamadkan,” katanya.

Sebelum ini empat kerusi yang menjadi ‘rebutan sengit’ ialah Gurun (PKR vs DAP), Kulim (PPBM vs PKR vs DAP), Guar Chempedak (PPBM vs PAN)dan Pantai Merdeka (PPBM vs PAN).

PAN tentunya tidak puas hati kerana PPBM yang baharu ditubuhkan mendominasi lebih banyak kerusi sementara PKR berada di tempat kedua.

Sumber berkata, pembahagian kuota kerusi Dun menyaksikan Bersatu mendominasi kerusi, berbanding ramalan sebelum ini kerusi Dun dibahagi sama rata antara Bersatu dan Amanah, iaitu 12 kerusi.

Spekulasi awal itu dibuat berdasarkan kepada kekuatan dua parti itu di Kedah, yang memiliki tokoh-tokoh berpengaruh yang layak diangkat terajui Kedah.

Pertikaian kerusi di negeri ini juga antara sebab calon Menteri Besar PH tidak boleh ‘dimuktamadkan’ lagi walaupun sebelum ini beberapa nama dibayang akan dilantik sebagai Menteri Besar jika pakatan itu menang Pililahan Raya Umum ke -14.

“Jangan sembang pasal calon MB jika belum menang, ” kata Mukhriz.

Sebelum ini, hanya PKR membuat pengumuman awal calon menteri besar dari parti itu, iaitu Ahli Parlimen Sungai Perani, Datuk Johari Abdul.

Nama lain yang disebut sebelum ini ialah DaUN Pengkalan Kundur, Datuk Ir. Phahrolradzi Zawawi (Timbalan Pengerusi PAN), bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Azimi Daim (PPBM) dan terbaharu ADUN Anak Bukit Datuk Ir. Amiruddin Hamzah (PPBM)


PAKATAN HARAPAN KEDAH BELUM BERANI UMUM PEMBAHAGIAN 36 KERUSI DUN

Sekianlah artikel PAKATAN HARAPAN KEDAH BELUM BERANI UMUM PEMBAHAGIAN 36 KERUSI DUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAKATAN HARAPAN KEDAH BELUM BERANI UMUM PEMBAHAGIAN 36 KERUSI DUN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/pakatan-harapan-kedah-belum-berani-umum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAKATAN HARAPAN KEDAH BELUM BERANI UMUM PEMBAHAGIAN 36 KERUSI DUN"

Posting Komentar