Pandikar tolak usul pembangkang minta polis henti siasat Muhyiddin, Shafie, Husni

Pandikar tolak usul pembangkang minta polis henti siasat Muhyiddin, Shafie, Husni - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pandikar tolak usul pembangkang minta polis henti siasat Muhyiddin, Shafie, Husni, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pandikar tolak usul pembangkang minta polis henti siasat Muhyiddin, Shafie, Husni
link : Pandikar tolak usul pembangkang minta polis henti siasat Muhyiddin, Shafie, Husni

Baca juga


Pandikar tolak usul pembangkang minta polis henti siasat Muhyiddin, Shafie, Husni

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar & Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul Ahli Parlimen pembangkang yang mahu polis menghentikan siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Husni Hanadzlah bersabit Akta Rahsia Rasmi Negara.
 
Terdahulu Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin meminta Pandikar menulis surat kepada Ketua Polis Negara (KPN) untuk tidak meneruskan siasatan terhadap tiga bekas menteri berkenaan.
 
"Saya juga menyuruh Speaker menulis surat kepada IGP supaya berhenti meminta ahli-ahli parlimen supaya dipanggi untuk diambil keterangan.
 
"Kata Speaker, dia tidak boleh buat demikian, sedangkan kita tahu semua senario ini dimulakan oleh beliau," katanya dalam sidang media di lobi parlimen.
 
Tambah Hanipa, tindakan polis memanggil ketiga-tiga Ahli Parlimen Pagoh, Ahli Parlimen Semporna, dan Ahli Parlimen Tambun, adalah berpunca daripada tindakan Pandikar yang mengeluarkan kenyataan tentang rahsia rasmi tersebut.
  
"Saya percaya kalau sekiranya beliau tidak buat sebarang kenyataan, polis tidak mungkin memanggil ahli-ahli parlimen itu (untuk siasatan).
 
"Apa yang saya bangkitkan itu menyentuh semua ahli parlimen tanpa mengira sama ada pembangkang atau kerajaan. Sebab kita menyentuh isu imuniti Ahli Parlimen," tambahnya.
 
Hanipa mendakwa sekiranya seseorang ahli parlimen berbahas dan membuat kenyataan mengenai rahsia-rahsia rasmi negara di dalam Dewan Rakyat, mereka tidak boleh diambil tindakan bawah Akta Rahsia Rasmi Negara.
 
"Ucapan dari Pagoh, tiada langsung unsur hasutan. Dan sekiranya apa yg dikatakan beliau itu adalah menyentuh rahsia rasmi dalam standing order, apa2 perkaya berkait rasmi, tidak boleh didakwa  bawah akta rahsia rasmi."
 
Dewan Rakyat pada 2 November lepas menjadi kecoh apabila ahli Parlimen mempersoalkan siasatan polis terhadap tiga bekas menteri Umno yang membangkitkan perkara berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Ketiga-tiga ahli parlimen tersebut masing-masing dipanggil berikutan ucapan mereka di dalam Dewan Rakyat yang dikatakan menyentuh berkenaan rahsia rasmi negara.
 
 


Pandikar tolak usul pembangkang minta polis henti siasat Muhyiddin, Shafie, Husni

Sekianlah artikel Pandikar tolak usul pembangkang minta polis henti siasat Muhyiddin, Shafie, Husni kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pandikar tolak usul pembangkang minta polis henti siasat Muhyiddin, Shafie, Husni linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/pandikar-tolak-usul-pembangkang-minta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pandikar tolak usul pembangkang minta polis henti siasat Muhyiddin, Shafie, Husni"

Posting Komentar