Khalid Dedah Penipuan Pembangkang Masa PRU

Khalid Dedah Penipuan Pembangkang Masa PRU - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khalid Dedah Penipuan Pembangkang Masa PRU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khalid Dedah Penipuan Pembangkang Masa PRU
link : Khalid Dedah Penipuan Pembangkang Masa PRU

Baca juga


Khalid Dedah Penipuan Pembangkang Masa PRU

BONGKAR… Bekas aktivis Bersih, Khalid Mohd. Ismath yang sebelum ini termakan propaganda jahat pembangkang kini mendedahkan pembohongan mereka dengan memperalatkan Bersih.
Beliau malah mengakui dakwaan konon pilihan raya umum (PRU) tidak adil dan bersih hanya semata-mata dakyah pakatan pembangkang untuk mempengaruhi dan memperdayakan rakyat agar bersimpati terhadap mereka.

Khalid yang kini berusia 28 tahun itu juga mengakui beliau sendiri pernah termakan dengan propaganda konon ada undi 40,000 warga asing dan isu blackout, walaupun dakwaan itu tanpa bersandarkan sebarang bukti atau fakta.

“Saya pun dahulu termakan propaganda pakatan (antikerajaan Barisan Nasional). Namun selepas PRU itu habis, Bersih sendiri melakukan tribunal dan mengesahkan tiada warga asing yang mengundi dalam PRU ke-13 lalu.

“Malahan kejadian blackout (merujuk insiden konon ada pusat penjumlahan kertas undi bergelap akibat terputus bekalan elektrik secara sengaja) tu juga tidak dapat disahkan kebenarannya. Jadi waktu itu saya rasa bingung.

“Saya juga merupakan antara jawatankuasa yang bertugas semasa siri himpunan haram Bersih mewakili entiti solidariti mahasiswa. Saya bahkan tidak pasti sama ada, apa yang saya ikut pada waktu itu adalah benar dan tepat.

“Lama juga saya muhasabah sebelum saya (akhirnya mengambil keputusan untuk) bermufarraqah,” luah Khalid secara terbuka yang dipetik menerusi laman sosial Facebooknya oleh pelbagai portal berita tempatan semalam.

Beliau juga mengakui Bersih sebenarnya memang didalangi oleh Pakatan Harapan yang sebelum ini ialah Pakatan Rakyat, namun kini sudah makin ramai aktivis organisasi itu yang telah sedar dengan propaganda palsu berkenaan.

“Bersyukur juga saya semakin ramai sedar propaganda Pakatan ini. Cuma saya masih tidak boleh ubah pemikiran kawan-kawan yang memilih lesser evil (kurang jahat). Bagi saya kalau sudah jahat, tiada apa yang perlu diikut lagi.

“Yang ada hanyalah perlu dilawan,” kata Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu. Perhimpunan Bersih wujud hasil cetusan dan dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan iaitu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil.

Badan bukan kerajaan ini selama ini menuduh pihak kerajaan BN diterajui UMNO dengan mendakwa konon setiap PRU sebagai tidak telus dan berlaku ketirisan demi memastikan calon pembangkang tewas kepada parti pemerintah.

Padahal dakwaan jahat yang dilemparkan itu hanya satu tohmahan tanpa bersandarkan sebarang bukti. Tuduhan itu sebenarnya satu usaha ‘perang saraf’ untuk memburuk-burukkan kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran BN.

Ini termasuk penipuan konon ada puluhan ribu warga Bangladesh diangkut khas sebagai pengundi hantu untuk memastikan BN menang. Ironi, pembangkang tetap ‘kuasai’ Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang tanpa masalah!

Perhimpunan jalanan haram Bersih itu juga menyebabkan berlaku malapetaka terpaksa ditanggung rakyat akibat keganasan dan kerosakan harta awam selain menjejaskan imej negara di mata dunia. 


Khalid Dedah Penipuan Pembangkang Masa PRU

Sekianlah artikel Khalid Dedah Penipuan Pembangkang Masa PRU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Khalid Dedah Penipuan Pembangkang Masa PRU linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/khalid-dedah-penipuan-pembangkang-masa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Khalid Dedah Penipuan Pembangkang Masa PRU"

Posting Komentar