BN kemuka tawaran baru untuk golongan muda pada PRU14

BN kemuka tawaran baru untuk golongan muda pada PRU14 - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN kemuka tawaran baru untuk golongan muda pada PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN kemuka tawaran baru untuk golongan muda pada PRU14
link : BN kemuka tawaran baru untuk golongan muda pada PRU14

Baca juga


BN kemuka tawaran baru untuk golongan muda pada PRU14

Tatkala pembangkang sepakat menamakan Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri... Barisan Nasional (BN) digesa mewujudkan manifesto khusus mengandungi tawaran baru untuk golongan muda.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata pelbagai perkara seperti aspek perumahan dan keusahawanan perlu diberi keutamaan dan pertimbangan khusus dalam manifesto berkenaan bagi memberi keyakinan kepada mereka.

“Saya dalam usaha menyediakan idea-idea menifesto tersebut dan saya harap tawaran baharu itu dapat diterima oleh Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai sebahagian manifesto BN dalam PRU14.

“Tawaran baharu itu merangkumi aspek perumahan, keusahawanan, pekerjaan dan segala perkara lain yang ada dalam perbincangan Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan diusulkan dalam tawaran tersebut,” katanya dalam wawancara sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra Ahad.

Perhimpunan tahunan parti terbesar orang Melayu itu akan bermula Selasa ini.

Khairy berkata cabaran Pemuda untuk menarik pengundi muda adalah dengan menerangkan kepada mereka kejayaan BN dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, selain visi dan misi TN50 yang digubal dan dilaksanakan 30 tahun akan datang.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata kerajaan melaksanakan pelbagai inistiatif, yang lebih efisien untuk membantu meringankan kos sara hidup termasuk membina rumah mampu milik serta meningkatkan pengangkutan awam, berbanding pemberian subsidi yang lebih bersifat jangka pendek (short term fixes).

Mengenai peranan Pemuda dalam PRU14, Khairy berkata sayap parti itu perlu mendekati pengundi muda khususnya yang pertama kali mengundi kerana mereka dilihat tidak mempunyai komitmen kepada mane-mana parti politik.

“Daripada segi pemahaman isu mungkin perlu ditingkatkan lagi. Mereka mungkin hanya terdedah kepada satu pihak sahaja, cenderung untuk membaca sebelah pihak… cabaran adalah untuk membuka fikiran mereka supaya mereka tidak anggap apa yang disampaikan pihak lawan sebagai perkara yang betul.

“Kita mesti mengingatkan barisan Pemuda bahawa pertaruhan PRU14 sangat besar, ibu kepada segala pilihan raya umum kerana kita nak mencorakkan TN50 dan siapa yang menang dalam pilihan raya ini akan menentukan masa depan Malaysia dalam jangka masa panjang,” tegasnya.

Menyentuh calon Pemuda bagi PRU14, Khairy secara ringkas berkata bilangan calon muda pada pilihan raya sebelum ini agak kecil dan berharap senarai calon kali ini akan lebih seimbang meliputi segenap latar belakang.

Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berkata sejak memegang tampuk kepimpinan negara, beliau mengamalkan dasar keterbukaan untuk generasi muda khususnya golongan mahasiswa bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pembangunan negara.

Beliau berkata sebagai bukti, kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi membolehkan generasi muda bebas berfikir dan menyuarakan pendapat masing-masing walaupun agak kritikal.

“Dengan dasar rancangan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan pimpinan Umno, generasi muda khususnya mahasiswa diberi peluang seluasnya untuk berdialog.

“Mereka boleh tanya soalan tanpa sekatan sehingga ada menteri-menteri berpeluh nak jawab,” kata Najib ketikamerasmikan Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional Ke-5 (Pemanas 5.0) 2017 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ahad malam.

Najib berkata kerajaan mengamalkan dasar keterbukaan untuk golongan muda itu kerana mahu menyediakan pemimpin pelapis negara pada masa datang.

“Kami memahami bahawa generasi hari ini adalah kesinambungan dan kerajaan yang ada pada hari ini menyediakan landasan untuk anda bawa negara kita ke mercu kejayaan.

“Kita sediakan platform ini… kita sediakan Parlimen Belia untuk belia berbahas, kita sediakan program latihan amali dengan kerajaaan. Satu daripada tanggungjawab pemimpin mestilah sediakan barisan kepimpinan akan datang,” kata beliau.

Najib berharap generasi muda khususnya mahasiswa akan bersama-sama dengan kerajaan dan tidak mengikut jejak bekas pemimpin tertentu dan pembangkang yang ingin meruntuhkan apa yang dibina Umno serta Barisan Nasional (BN) selama ini.

Beliau berkata sebagai parti yang memerintah, Umno dan BN boleh terus membawa negara menuju ke mercu kecemerlangan.


BN kemuka tawaran baru untuk golongan muda pada PRU14

Sekianlah artikel BN kemuka tawaran baru untuk golongan muda pada PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca BN kemuka tawaran baru untuk golongan muda pada PRU14 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/bn-kemuka-tawaran-baru-untuk-golongan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BN kemuka tawaran baru untuk golongan muda pada PRU14"

Posting Komentar