Judul : Straits Times, MMO dan FMT perlu minta maaf pada Khazanah - Pemuda UMNO
link : Straits Times, MMO dan FMT perlu minta maaf pada Khazanah - Pemuda UMNO
Straits Times, MMO dan FMT perlu minta maaf pada Khazanah - Pemuda UMNO
Saya merujuk artikel disiarkan oleh portal The Straits Times Singapura bertajuk Khazanah feels the heat amid push to change its investment strategi yang memetik sebahagian kenyataan saya dalam laporan tersebut.
Saya kesal kerana kenyataan saya itu telah disalahertikan seolah-olah saya mengkritik usaha dan kejayaan Khazanah Nasional selama ini yang menaungi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) di Malaysia.
Pertama sekali, saya tidak pernah mengakui bahawa saya telah ditugaskan untuk menganalisis dan membedah kelemahan atau kepincangan di dalam Khazanah dan GLC lain sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang akan berlangsung minggu depan.
Sebaliknya, kenyataan atau persoalan saya itu hanya merujuk kepada bagaimana caranya Khazanah atau GLC lain boleh memberikan lebih pulangan kepada ekonomi dan rakyat Malaysia secara amnya, susulan daripada perbualan santai saya dengan The Straits Times.
Akibat penyiaran berita di portal Singapura itu, kenyataan saya seterusnya disensasikan oleh portal tempatan seperti Malay Mail Online (MMO) dan Free Malaysia Today yang membawa konotasi negatif seolah-olah saya mengkritik Khazanah.
MMO bertindak lebih parah dan tidak beretika apabila menyiarkan tajuk berita seolah-olah saya dan Pemuda UMNO Malaysia mahu menggunakan pentas perhimpunan agung tersebut sebagai medan mengkritik Khazanah dan GLC.
Untuk rekod, MMO langsung tidak pernah menghubungi saya sebelum penyiaran berita tersebut dan tindakan itu amat mengecewakan serta memberi imej yang amat buruk kepada dunia kewartawan di Malaysia.
Saya juga ingin menegaskan bahawa kenyataan saya itu bersifat peribadi dan langsung tidak mewakili pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, barisan kepimpinannya dan ahli-ahli sayap secara keseluruhan.
Justeru, saya menggesa The Straits Times, MMO dan Free Malaysia Today supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Khazanah Nasional kerana menimbulkan kekeliruan ini.
Sekian, terima kasih.
RAHMAN HUSSIN
EXCO PEMUDA UMNO

Sekianlah artikel Straits Times, MMO dan FMT perlu minta maaf pada Khazanah - Pemuda UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Straits Times, MMO dan FMT perlu minta maaf pada Khazanah - Pemuda UMNO linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/straits-times-mmo-dan-fmt-perlu-minta.html
0 Response to "Straits Times, MMO dan FMT perlu minta maaf pada Khazanah - Pemuda UMNO"
Posting Komentar