PKR rombak kerusi Parlimen kerana mahu dominasi PH, dakwa penganalisis

PKR rombak kerusi Parlimen kerana mahu dominasi PH, dakwa penganalisis - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR rombak kerusi Parlimen kerana mahu dominasi PH, dakwa penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR rombak kerusi Parlimen kerana mahu dominasi PH, dakwa penganalisis
link : PKR rombak kerusi Parlimen kerana mahu dominasi PH, dakwa penganalisis

Baca juga


PKR rombak kerusi Parlimen kerana mahu dominasi PH, dakwa penganalisis

SHAH ALAM: Penganalisis politik menyifatkan langkah PKR yang mungkin melakukan rombakan terhadap beberapa kerusi yang bakal ditandingi pada pilihan raya akan datang, kerana mahu memenangi lebih banyak kerusi sekaligus mendominasi Pakatan Harapan (PH).

Edwin Michael berkata, lebih-lebih lagi kawasan pengundi muda dijangka akan diberi perhatian lebih oleh PKR, selain kelompok itu bakal menjadi penentu parti yang mana satu akan menjadi kerajaan.

"Ini juga merupakan taktik politik kerana PKR perlu menguasai sebanyak mungkin kerusi Parlimen kerana dalam PH ada DAP, Amanah, PPBM. Jadi mereka perlu mendapatkan sebanyak mungkin kerusi, (dengan) mereka perlu lakukan perubahan drastik dengan meletak calon yang mereka boleh menang," katanya kepada Antarapos.

Bukan itu sahaja, Edwin berpendapat PKR sedang memancing 'mood' pengundi dengan meletakkan muka baru dalam usaha 'memperdaya' rakyat bahawa calon berkenaan mampu melaksanakan tugas lebih baik berbanding penyandangnya.

"Jadi untuk menaikkan balik semangat pengundi-pengundi di situ, adalah lebih baik letakkan calon yang baru.

"Mentaliti penduduk-penduduk di situ akan ada satu 'mindset' bahawa kita ada calon baru dan (fikir) mungkin calon ini yang akan buat kerja lebih baik daripada calon yang terdahulu berbanding yang sebelum ini. Jadi ini adalah salah satu strategi politik mereka," ujarnya.

Kelmarin, media melaporkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak, sebaliknya akan diletakkan di Parlimen Shah Alam dalam PRU14.

Selain itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pula dipindahkan dari Parlimen Ampang ke Hulu Langat.

Untuk rekod, kerusi Hulu Langat dan Shah Alam dimenangi PAS pada PRU13 yang ketika itu masih bersama-sama pakatan pembangkang.

Kerusi Parlimen Shah Alam dimenangi Khalid Abdul Samad atas tiket PAS selepas beliau menewaskan calon BN Zulkifli Noordin dengan majoriti 10,939 undi. Khalid kini menyertai Amanah, parti serpihan PAS.

Sementara itu kerusi Parlimen Hulu Langat dimenangi Che Rosli Che Mat juga daripada PAS yang mengalahkan calon BN, Adzhaliza Mohd Nor dengan majoriti 17,267 undi.

Ketika ditanya, adakah PAS akan memberi laluan mudah kepada PKR, Edwin berkata beliau percaya ia akan menjadi satu pertembungan yang sengit antara dua parti itu.

Sekaligus mewujudkan pertandingan tiga penjuru, yang boleh memberi kelebihan kepada Barisan nasional (BN).

"Kalau betul Azmin bertanding di Shah Alam, maka ia akan menjadi salah satu lagi kerusi paling sengit. Ini akan mencabar kredibiliti politik PAS dan kemungkinan besar untuk jadi tiga penjuru juga sangat tinggi. Saya rasa PAS sama sekali tidak akan beri laluan mudah kepada Azmin dan kemungkinan untuk undi pecah (ini) beri kelebihan kepada BN," katanya.          


PKR rombak kerusi Parlimen kerana mahu dominasi PH, dakwa penganalisis

Sekianlah artikel PKR rombak kerusi Parlimen kerana mahu dominasi PH, dakwa penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PKR rombak kerusi Parlimen kerana mahu dominasi PH, dakwa penganalisis linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/pkr-rombak-kerusi-parlimen-kerana-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR rombak kerusi Parlimen kerana mahu dominasi PH, dakwa penganalisis"

Posting Komentar