Pengerusi PH Sabah nafi tawar fomula 60-40 pada Warisan

Pengerusi PH Sabah nafi tawar fomula 60-40 pada Warisan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengerusi PH Sabah nafi tawar fomula 60-40 pada Warisan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengerusi PH Sabah nafi tawar fomula 60-40 pada Warisan
link : Pengerusi PH Sabah nafi tawar fomula 60-40 pada Warisan

Baca juga


Pengerusi PH Sabah nafi tawar fomula 60-40 pada Warisan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Christina Liew nafi gagasan itu sudah bersetuju formula agih kerusi 60-40 dengan Parti Warisan Sabah (Warisan).
 
Liew berkata formula 60-40 tidak pernah dibangkit mahupun dibincang PH Sabah seterusnya ditawar kepada Warisan. 
 
Penafian Liew  itu dibuat kurang 24 jam selepas timbalannya, Stephen Wong mengumumkan formula itu, pada Rabu.
 
"Formula 60-40 tidak dibangkitkan, tidak dibincangkan atau menjadi prasyarat dalam rundingan agihan kerusi kami dengan WARISAN," kata Liew dipetik MalaysiaKini.
 
Menurut Stephen, Warisan boleh meletakkan 60 peratus calonnya di kerusi DUN negeri itu dan selebihnya 40 peratus diberikan kepada PH.
 
Pun begitu, Warisan perlu memberi laluan kepada PH untuk meletakkan calon di 60 peratus kerusi Parlimen dan parti itu hanya bertanding 40 peratus kerusi berkenaan.
 
Liew kemudiannya memberitahu setakat ini PH Sabah sedang mengusahakan untuk Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal dijemput untuk menghadiri mesyuarat meja bulat mengenai agihan kerusi.
 
Sejurus selepas kenyataan Wong semalam, Timbalan Presiden WARISAN, Darrel Leiking menyatakan keraguannya berikutan tawaran itu tidak disuarakan pihak tertinggi PH.
 
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pemimpin PH Sabah diheret dalam perang mulut dengan pemimpin Warisan berhubung cara terbaik untuk meneruskan pakatan pilihan raya.
 
Sabah adalah satu-satunya negeri di mana PH masih belum memuktamadkan rundingan kerusi Parlimen mereka.
 
Antarapos sebelum itu melaporkan penganalisis politik, Edwin Michael menasihati Warisan agar tidak menerima formula 60-40 dalam usaha pembahagian kerusi dengan PH.
 
Ujarnya, Warisan adalah parti yang paling layak bertanding di 60 peratus kerusi Parlimen negeri itu, demi masa depan rakyatnya.
 
"Warisan sendiri perlu hantar pemimpinnya ke Parlimen untuk suarakan masalah rakyat Sabah. Pemimpin Pakatan Harapan, hanya keluar-masuk ke Sabah dan tidak benar-benar menjiwai masalah rakyat negeri itu.
 
"Jika kita lihat, pada sidang Parlimen sebelum ini, adakah wakil pembangkang begitu agresif membawa masalah rakyat Sabah untuk dibahaskan? Jadi Warisan sebagai parti rakyat di Sabah perlu bertanding di 60 kerusi Parlimen, bukannya PH," katanya kepada Antarapos.
 
 


Pengerusi PH Sabah nafi tawar fomula 60-40 pada Warisan

Sekianlah artikel Pengerusi PH Sabah nafi tawar fomula 60-40 pada Warisan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pengerusi PH Sabah nafi tawar fomula 60-40 pada Warisan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/pengerusi-ph-sabah-nafi-tawar-fomula-60.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengerusi PH Sabah nafi tawar fomula 60-40 pada Warisan"

Posting Komentar