PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M - Hallo sahabat
Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Berita,
Artikel Budaya,
Artikel Kabar,
Artikel Malaysia,
Artikel Melayu,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Ragam,
Artikel Sosial,
Artikel Terbaru,
Artikel Terkini,
Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun Mlink :
PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M
PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M
ANTARAPOS
KOTA BHARU: Zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri adalah lebih baik berbanding era Tun Dr Mahathir Mohamad, ujar Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Perkara itu diakui kerajaan PAS Kelantan berdasarkan hubungan di antara kerajaan negeri dan Pusat juga semakin baik walaupun ada perkara belum ditunaikan.
"Memang berbeza kalau mahu dibandingkan zaman Tun Mahathir dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib. Zaman Tun Abdullah dan Najib menjadikan hubungan Kelantan dengan Pusat lebih baik.
"Namun, banyak perkara lagi yang Kerajaan Pusat belum laksanakan seperti tuntutan royalti dan kita berharap ia dipertimbangkan.
"Walaupun masih agak terpinggir berbanding negeri diterajui Barisan Nasional (BN), sekurang-kurangnya terdapat perbezaan dari segi hubungan," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini hari ini.
Kelmarin, Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 1, berkata beliau sentiasa mengutamakan rakyat Kelantan.
Ia, katanya, termasuk melaksanakan pembangunan projek yang dapat melenyapkan 'mimpi ngeri' rakyat negeri ini yang sering dilanda banjir termasuk banjir besar pada 2014.
"Saya tidak mahu ada yang ketinggalan. Ini berdasarkan prinsip Islam yang mahu kita jadi pemimpin adil kepada semua. Sebab itulah saya berbeza dengan pemimpin terdahulu yang memerintah 22 tahun, tapi meminggirkan Kelantan atas perbezaan politik," kata Najib
Mohd Amar turut mengakui Kelantan bergantung kepada bantuan Kerajaan Pusat, sama seperti negeri lain.
"Pulau Pinang dan Selangor pun bergantung kepada Kerajaan Pusat, malah Selangor sendiri ada hutang dengan Kerajaan Pusat.
"Sekiranya Kerajaan Pusat tidak bantu dari segi agensi, negeri tidak boleh berjalan. Apa yang pasti, tiada negeri mampu hidup tanpa bantuan pusat," katanya.
PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M
Sekianlah artikel PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/pas-kelantan-akui-zaman-najib-lebih.html
Related Posts :
Bekas Ketua Pemuda Pas Johor bersama keluarga, rakan sertai Amanah
MALAYSIA DATELINE
Shamsul Bakri dua dari kiri) ketika menyerahkan borang keahlian kepada Mazlan Aliman yang turut disaksikan … Read More...
Top Man 3
Top Man 3. Herba ubat kuat lelaki yang hebat dan istimewa Top Man 3 menjadi penawar kepada pelbagai masalah seksual suami. Herba ubat kuat … Read More...
JIKA PAKATAN HARAPAN KUAT, KENAPA BIMBANGKAN PAS?
Keputusan PAS untuk bertanding lebih 130 kerusi Parlimen di seluruh negara ternyata lebih membimbangkan Pakatan Harapan walaupun pakatan p… Read More...
Jabatan Peguam Negara tolak representasi Adam RoslyTHE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara menolak representasi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang Datuk… Read More...
Farid Kamil didakwa guna dadah jenis THC January 25, 2018 PETALING JAYA, 25 Jan: Selepas didakwa atas empat pertuduhan minggu lalu, pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan dadah jenis THC. Farid, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham. Farid tiba di Kompleks Mahkamah pada 10.10 berpakaian sut biru gelap ditemani adiknya, Fadzil Bahari Zahari, 35 dan beberapa anggota keluarga lain. Mengikut pertuduhan, hero filem Lagenda Budak Setan dan V3 Samseng Jalanan itu didakwa telah menggunakan dadah berbahaya jenis tetra hydrocannabinol atau THC di Pejabat Narkotik Daerah Petaling Jaya, pada 4.30 petang, 11 Jan lalu. Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum menerusi Seksyen 15 dan Seksyen 38B akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya dan diwajibkan pengawasan polis selama dua tahun, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik tidak menawarkan sebarang jaminan, bagaimanapun Farid yang diwakili peguam Athari Bahardin memohon mahkamah membenarkan jaminan terhadap anak guamnya atas alasan dia menanggung dua anak yang masih kecil. “Tertuduh bekerja dalam industri hiburan dengan pendapatan tidak menentu, dia juga menanggung ibu bapa yang sudah tua manakala adik tertuduh, Fadzil yang akan menjaminnya pula bekerja dalam bidang pengiklanan dengan pendapatan RM4,000 sebulan. Mohon jaminan dikurangkan,” katanya. Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah hingga kes selesai dan menetapkan 5 Mac untuk sebutan semula kes. Pada 16 Jan lalu, Farid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam di Kaunter Pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara, Petaling, di sini pada 11 Jan lalu. Bagi kesemua pertuduhan itu, mahkamah membenarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 5 Mac. Dalam kejadian, pelakon itu dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.– BernamaTHE MALAYSIAN TIMES
PETALING JAYA: Selepas didakwa atas empat pertuduhan minggu lalu, pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kami… Read More...
0 Response to "PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M"
Posting Komentar