JIKA PAKATAN HARAPAN KUAT, KENAPA BIMBANGKAN PAS?

JIKA PAKATAN HARAPAN KUAT, KENAPA BIMBANGKAN PAS? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JIKA PAKATAN HARAPAN KUAT, KENAPA BIMBANGKAN PAS?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JIKA PAKATAN HARAPAN KUAT, KENAPA BIMBANGKAN PAS?
link : JIKA PAKATAN HARAPAN KUAT, KENAPA BIMBANGKAN PAS?

Baca juga


JIKA PAKATAN HARAPAN KUAT, KENAPA BIMBANGKAN PAS?

Keputusan PAS untuk bertanding lebih 130 kerusi Parlimen di seluruh negara ternyata lebih membimbangkan Pakatan Harapan walaupun pakatan pembangkang itu yang diketuai DAP itu meramalkan PAS akan kalah teruk pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14).

PAS akan bertanding di kawasan yang ditandiing BN dan kawasan dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di Kedah, PAS secara tidak rasmi akan meletak calonnya di 15 kawasan Parlimen termasuk di Parlimen yang dimenangi oleh PKR seperti Kuala Kedah, Padang Serai, Alor Setar dan Sungai Petani selain mempertahankan kerusi parti itu di Pokok Sena yang akan ditinggalkan oleh penyandangnya Datuk Mahfuz Omar.

Kebimbangan itu diakui oleh Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Ahmad semalam setelah PAS mengambil keputusan meletakkan calonnya di kerusi tradisi parti itu, Permatang Pauh yang kini disandang oleh Presiden PKR dan juga Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
.
Kata Nik Nazmi, keputusan PAS itu (bertanding di kerusi PKR) pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Menurut Nik Nazmi tindakan PAS itu boleh melenyapkan perpaduan dalam kalangan parti-parti pembangkang yang diusahakan oleh tokoh-tokoh PAS.

Kini PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang dan PAS boleh bertanding di mana kawasan sekalipun dan baharu sekarang Pakatan Harapanmenyedari betapa pentingnya perpaduan.

“Keputusan PAS bertanding di Permatang Pauh amatlah dikesali. Tindakan ini tidak bertanggunjawab dan menjejaskan kepentingan serta aspirasi rakyat untuk melihat pembangkang bersatu melawan Datuk Seri Najib Razak.

“Amatlah menyedihkan melihat usaha membina perpaduan di kalangan pembangkang oleh tokoh-tokoh seperti Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat digadaikan oleh pimpinan PAS hari ini,” kata Nik Nazmi dalam satu dalam semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof pada Ahad lalu yang menyebutkan parti itu akan meletakkan calon pada PRU14 di Permatang Pauh.

Sebelum ini, ramai pemimpin Pakatan Harapan menyatakan mereka tidak bimbang dengan PAS yang bertanding secara sendiri, malah yakin parti itu akan teruk.

Sementara PAN membandingkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi oleh PAS lebih banyak semasa bersama pakatan pembangkang berbanding ketika parti itu bersendirian.

Pada PRU13, PAS menang 21 kerusi dan 23 kerusi pada PRU 12 ketika bergabung dengan pakatan pembangkang berbanding hanya 7 kerusi pada PRU 2004.

Walaupun PAS bersama PKR dan DAP pada PRU13, pakatan itu gagal mempertahankan Kedah dan gagal menawan Perak.

Adakah tanpa kerjasama PAS, parti parti dalam pakatan pembangkang juga akan menang lebih banyak kerusi pada PRU14?

Bagi PAS, walaupun tidak mungkin dapat menubuhkan kerajaan pemerintah, parti itu akan menjadi penghalang utama kepada Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN.

PAS sekadar mahu menjadi pembangkang yang kuat. – Kedahnews.com


JIKA PAKATAN HARAPAN KUAT, KENAPA BIMBANGKAN PAS?

Sekianlah artikel JIKA PAKATAN HARAPAN KUAT, KENAPA BIMBANGKAN PAS? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca JIKA PAKATAN HARAPAN KUAT, KENAPA BIMBANGKAN PAS? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/jika-pakatan-harapan-kuat-kenapa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "JIKA PAKATAN HARAPAN KUAT, KENAPA BIMBANGKAN PAS?"

Posting Komentar