“MELAYU BABI” ANTARA GELARAN DIBERI KEPADA MUALAF CINA

“MELAYU BABI” ANTARA GELARAN DIBERI KEPADA MUALAF CINA - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “MELAYU BABI” ANTARA GELARAN DIBERI KEPADA MUALAF CINA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “MELAYU BABI” ANTARA GELARAN DIBERI KEPADA MUALAF CINA
link : “MELAYU BABI” ANTARA GELARAN DIBERI KEPADA MUALAF CINA

Baca juga


“MELAYU BABI” ANTARA GELARAN DIBERI KEPADA MUALAF CINA

“Malai Chu” atau ‘Melayu Babi’ adalah antara beberapa cercaan yang sering dihamburkan oleh sebilangan masyarakat Cina yang sering mencerca ahli keluarga atau kenalan mereka yang berhasrat untuk memeluk Islam.

Demikian pendedahan yang dibuat oleh saudara Firdaus Wong Wai Hung, Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) di posting Facebook terbaru tokoh pendakwah kepada mereka yang masih belum Islam itu.

Firdaus Wong berkata, “Seorang Cina yang berhasrat memeluk Islam seringkali berdepan dengan cercaaan dari ahli keluarga dan sahabat-sahabat mereka.”

“Antara sindiran atau penghinaan terhadap mereka adalah digelar sebagai ‘Malai Chai’ (anak Melayu), ‘Malai Chu’ (Melayu Babi) dan ‘Chu Chai’ (Anak Babi).”

Menurut anak murid Dr Zakir Naik itu, cercaan “Anak Melayu” itu tidak membawa maksud untuk menghina bangsa Melayu tetapi “bertujuan menyindir Cina yang memeluk Islam kononnya mereka bukan lagi Cina tetapi sudah jadi anak Melayu.”

Penggunaan gelaran babi kepada golongan Cina mualaf pula kerana mereka sudah tidak lagi menjamah sebarang hidangan yang mengandungi daging haiwan yang dianggap sebagai haram untuk dimakan oleh agama Islam, menurutnya lagi.

Jelas Firdaus Wong, “Manakala gelaran ‘Chu’ (babi) diberikan kerana mereka sudah tidak lagi memakan daging babi dan adakalanya masyarakat Cina menggunakan gelaran babi dalam nada bergurau dan adakalanya dalam nada menyindir terpulang kepada konteks perkataan digunakan.”

“Dalam konteks digunakan terhadap Cina yang berhasrat memeluk Islam atau yang telah memeluk Islam, ianya lebih kepada menyindir mereka dan bukannya sejenis gurauan. Andai ianya gurauan, maka ianya gurauan yang sinis,” ulasnya lagi.

Penggunaan istilah “babi” yang seringkali dihamburkan terhadap golongan Cina mualaf ini menyebabkan pendakwah berbangsa Cina ini tidak begitu selesa sekiranya ada orang Islam yang gemar menggunakan perkataan babi dalam gurauan mereka.

Beliau berkata, “Sebab itu saya secara peribadi tidak suka apabila orang Islam suka menggunakan perkataan babi dalam gurauan mereka. Antara yang kerap didengar adalah ‘Babilah engkau ni’, ‘babi betul’ atau ‘BABIIII’.”

“Apakah masyarakat Islam sudah kehilangan perkataan yang lebih sopan untuk digunakan?”


“MELAYU BABI” ANTARA GELARAN DIBERI KEPADA MUALAF CINA

Sekianlah artikel “MELAYU BABI” ANTARA GELARAN DIBERI KEPADA MUALAF CINA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca “MELAYU BABI” ANTARA GELARAN DIBERI KEPADA MUALAF CINA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/melayu-babi-antara-gelaran-diberi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "“MELAYU BABI” ANTARA GELARAN DIBERI KEPADA MUALAF CINA"

Posting Komentar