ADAKAH DAP DOMINASI AGIHAN KERUSI DUN PERAK?

ADAKAH DAP DOMINASI AGIHAN KERUSI DUN PERAK? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADAKAH DAP DOMINASI AGIHAN KERUSI DUN PERAK?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADAKAH DAP DOMINASI AGIHAN KERUSI DUN PERAK?
link : ADAKAH DAP DOMINASI AGIHAN KERUSI DUN PERAK?

Baca juga


ADAKAH DAP DOMINASI AGIHAN KERUSI DUN PERAK?

DAP didakwa bakal mendominasi Pakatan Harapan Perak apabila memperoleh lebih kerusi berbanding parti-parti komponen lain dalam pakatan pembangkang itu.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, berdasarkan maklumat berwibawa yang diperolehnya, agihan kerusi Dun bagi Harapan Perak sudah dimuktamadkan selepas beberapa mesyuarat diadakan bersama pimpinan parti-parti berkenaan.

Katanya, pada PRU14 nanti, DAP akan bertanding 18 kerusi diikuti PKR dan Bersatu dengan masing-masing 14 kerusi manakala Amanah di tempat tercorot apabila hanya akan bertanding 13 kerusi.

“Tidak seperti dalam PRU13 di mana Pas yang mendominasi agihan kerusi Dun Perak antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan 22 kerusi, diikuti oleh PKR dengan 19 kerusi dan DAP dengan 18 kerusi.

“Apa sudah jadi dengan para pemimpin Amanah Perak, khususnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin? Ke mana perginya laungan Amanah ganti Pas? Kenapa Amanah yang terpaksa paling banyak berkorban kerusi kepada PPBM (Bersatu), sebuah parti yang diketahui dipenuhi dengan pelbagai masalah di Perak?,” katanya menerusi satu perkongsian dalam Facebook miliknya, hari ini.

Beliau berkata, agihan kerusi itu dilihat pelik apabila Amanah memperoleh jumlah paling sedikit sedangkan Mohammad Nizar merupakan Pengarah Pilihanraya Harapan Perak selain mereka turut mempunyai tokoh-tokoh besar dalam parti seperti Penasihat Amanah, Ahmad Awang; Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi; Naib Pengerusi Amanah Perak, Dr Muhaiman Sulam dan ramai lagi.

Kamarul Zaman turut mempersoalkan mengapa DAP dibiarkan mendominasi agihan kerusi Dun Perak ini malah tiada satu pun kerusi Dun kepunyaan DAP diserahkan kepada mana-mana komponen dalam Harapan Perak.

“Paling penting ialah, bila DAP yang mendominasi agihan kerusi Dun Perak ini, tidakkah Harapan Perak merasa bimbang dengan persepsi pengundi Melayu Islam terhadapnya?

“Tidakkah ini akan memberikan gambaran bahawa jika Harapan memenangi Dun Perak, kalaupun bukan wakil rakyat DAP yang akan menjadi Menteri Besar Perak, DAP-lah yang akan menjadi pemegang kuasa sebenar di dalam Kerajaan Pakatan Harapan Perak?,” katanya.

Sementara itu, mengenai pembahagian kerusi yang disenaraikan, beliau berkata, DAP kekal bertanding di 18 kerusi yang dimenangi pada PRU13 lalu manakala Bersatu pada PRU14 nanti akan bertanding di 10 kerusi yang sebelum ini ditandingi Pas manaka empat lagi kerusi diambil dari PKR.

Menurutnya, PKR yang bertanding 19 kerusi sebelum ini hanya bertanding 14 kerusi pada PRU akan datang dengan dua kerusi baharu yang sebelum ini ditandingi Pas iaitu kawasan Dun Slim dan Dun Pengkalan Baharu.

Beliau berkata, Amanah pula akan bertanding di 10 kerusi yang sebelum ini ditandingi Pas dan tiga lagi kerusi merupakan milik PKR iaitu di kawasan Dun Pengkalan Hulu, Dun Kota Tampan dan Dun Bota.


ADAKAH DAP DOMINASI AGIHAN KERUSI DUN PERAK?

Sekianlah artikel ADAKAH DAP DOMINASI AGIHAN KERUSI DUN PERAK? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca ADAKAH DAP DOMINASI AGIHAN KERUSI DUN PERAK? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/adakah-dap-dominasi-agihan-kerusi-dun.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ADAKAH DAP DOMINASI AGIHAN KERUSI DUN PERAK?"

Posting Komentar