Pengundi hantu: PKR beri tempoh seminggu kepada PDRM

Pengundi hantu: PKR beri tempoh seminggu kepada PDRM - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengundi hantu: PKR beri tempoh seminggu kepada PDRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengundi hantu: PKR beri tempoh seminggu kepada PDRM
link : Pengundi hantu: PKR beri tempoh seminggu kepada PDRM

Baca juga


Pengundi hantu: PKR beri tempoh seminggu kepada PDRM



Pengundi hantu: PKR beri tempoh seminggu kepada PDRM



Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi masa seminggu untuk memberikan hasil siasatan terhadap laporan yang dikemukakan oleh Biro Politik PKR terhadap pengundi hantu membabitkan kawasan Setapak dan Wangsa Maju.

PDRM didakwa gagal menjalankan siasatan terhadap pihak yang mengemukakan maklumat palsu berkaitan data peribadi pengundi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendafftaran Negara (JPN).

Melalui siri pendedahan yang dilakukan PKR mendapati terdapat 1,429 individu yang telah memberi maklumat palsu kepada SPR di kawasan Setapk dan Wangsa Maju.

Ini menyalahi Seksyen 177 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu kepada penjawat awam adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum…”.

Dr Tan Yee Kew

Bagaimanapun sebanyak 4 laporan yang dibuat oleh Biro Politik PKR sejak Mei hingga November tahun lalu tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak polis.

Menurut Ahli Biro Politik PKR Datin Paduka Dr Tan Yee Kew  menjelaskan, daripada bancian dan siasatan dilakukan di kawasan Wangsa Maju sahaja, medapati ada bukti terhadap individu yang disyaki menyalahgunakan data peribadi individu lain.

“Mereka bukan pemastautin di alamat tersebut bahkan pemilik alamat-alamat tersebut juga tidak mengetahui, jauh sekali mengenali individu yang dinyatakan,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Menurut Tan lagi, 4 laporan polis yang sudah dibuat itu tidak menerima maklum balas daripada pihak polis sejak laporan terakhir pada November lalu.

“Kami sangat kecewa kerana jenayah serius memalsukan maklumat kepada penjawat awam yang melibatkan JPN dan SPR dan ia termaktub dalam seksyen 177 yang mana polis tidak langsung menjalankan siasatan sepenuhnya atau secara efektif.

“Bukankah menjad tugasan pasukan polis untuk membendung dan melakukan tangkapan terhadap penjenayah dan memberikan hasil siasatan polis kepada pelapor sebaliknya perkara ini tidak berlaku” ujarnya.

Justeru PKR mengambil pendirian untuk membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan sekiranya dalam tempoh seminggu, pihak polis tidak memberikan sebarang respon terhadap laporan yang pernah dibuat oleh PKR ini.

Nurul Izzah Anwar

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam sidang media yang sama berkata, manipulasi terhadap maklumat peribadi individu kepada SPR dan JPN tidak sepatutnya berlaku sebagai agensi bebas untuk melindungi data peribadi rakyat negara ini.

“Pengerusi SPR sendiri pernah mengakui dalam kenyataanya kepada media sebelum ini, menjadi tanggunjawab polis untuk mengambil tindakan selanjutnya,

“Sudah hampir enam bulan tiada sebarang tindakan polis dilakukan sama ada menyiasat atau mendakwa individu yang menyalahgunakan data peribadi orang lain sebagai pengundi.

“Jika surirumah dan penganggur boleh diahan dan didakwa kerana mengkritik perdana menteri mengapa hal berkaitan manipulalsi data peribadi ini tidak disiasat dan diambil tindakan segera yang melibatkan pemberi maklumat palsu

“Tidak cukupkah dengan tindakan untuk merubah persempadanan semula, pertambahan undi pos mendadak dan sekarang pemalsuan maklumat pengundi menjadi kemuncak untuk memenangkan BN,” ujarnya.

Justeru Ahli Parlimen Lembah Pantai ini menyeru rakyat yang mempunyai kuasa mengundi keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ini demi masa depan Malaysia dan mengatasi manipulasi jahat dan salah disisi undang-undang negara.

“Sebelum nasi menjadi bubur, PKR akan teruskan siri pendedahan ini bagi memastikan semua usaha ini menemui pengakhiran yang menguntungkan rakyat,” ujarnya.



Pengundi hantu: PKR beri tempoh seminggu kepada PDRM

Sekianlah artikel Pengundi hantu: PKR beri tempoh seminggu kepada PDRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pengundi hantu: PKR beri tempoh seminggu kepada PDRM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/pengundi-hantu-pkr-beri-tempoh-seminggu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengundi hantu: PKR beri tempoh seminggu kepada PDRM"

Posting Komentar