Isu tanah Felda: Shahrir tidak terperanjat Rafizi boleh 'berpusing'...

Isu tanah Felda: Shahrir tidak terperanjat Rafizi boleh 'berpusing'... - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu tanah Felda: Shahrir tidak terperanjat Rafizi boleh 'berpusing'..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu tanah Felda: Shahrir tidak terperanjat Rafizi boleh 'berpusing'...
link : Isu tanah Felda: Shahrir tidak terperanjat Rafizi boleh 'berpusing'...

Baca juga


Isu tanah Felda: Shahrir tidak terperanjat Rafizi boleh 'berpusing'...

Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Samad berkata, beliau tidak terperanjat dengan perubahan pendirian Naib Presiden PKR Rafizi Ramli apabila memperlekeh ketelusan usaha FELDA bagi mendapatkan semula pemilikan tanah di Jalan Semarak,Kuala Lumpur.

Apatah lagi katanya apabila beliau menuduh kejayaan FELDA mendapat semula hakmilik tanah itu tanpa sebarang kos adalah sebagai satu sandiwara atau lakonan sahaja.

Shahrir persoal apakah Rafizi kini ‘berpusing’ kerana sudah ada bos baru yang didakwa dulu terkenal dengan amalan kronisme dan nepotisme.

Ini kerana jika dahulu Ahli Parlimen Pandan itu papar dirinya mahukan kebenaran, ketelusan, benci kronisme serta menyokong kepentingan awam tetapi kini bernada seperti didakwa diamal Pengerusi pakatan pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Shahrir menegaskan tiada lakonan atau sandiwara dalam isu tanah berkenaan.

“Kalau hari ini dilakukan carian terhadap tanah itu (di pejabat tanah), akan didapati tanah itu diletak kaveat dan tidak diletak mana-mana cagaran pihak bank.

“Nak bercakap gunalah fakta, jangan (tuduh) guna lakonan, sandiwara atau perlekeh kerana yang hendak diperlekeh (Rafizi) adalah ketelusan kami yang urus FELDA.

“Kami sedar, dalam keadaan kita telus dan ikut urus tadbir yang baik kita akan dapat atasi amalan kronisme,” kata Shahrir kepada BNBBC.my Portal, Rabu.

Katanya, dalam sidang media sebelum ini sudah ditunjuk bukti bahawa tanah itu tertera nama pemaju Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB).

“Adakah ini lakonan?.  Ini bukan kita ada-adakan. Kejayaan FELDA sehingga pemaju kembalikan tanah kerana kita tegas dan buat sesuatu yang telus beserta laporan polis dan kaveat.

“Tentu pemaju buat keputusan cepat (serah semula tanah) kerana tidak mahu kepentingan mereka sebagai pemaju terjejas,” jelasnya.

Shharir mengulas dakwaan terbaru Rafizi semalam bahawa tanah FELDA bagi projek KLVC hilang buat selama-lamanya.

Pengerusi FELDA itu menegaskan, pemimpin PKR itu kena tahu membezakan antara unit yang dibina melalui pembangunan dengan tanah yang belum dibangunkan atau sedang dalam proses pembangunan.

Katanya ia satu kenyataan sebenarnya kerana apabila tanah dibangunkan menjadi unit kediaman, unit pejabat dan kemudiannya dijual, tentu pembeli jadi pemilik pada unit berkenaan.

“Ini satu kenyataan yang semua orang akan setuju kerana ia proses biasa. Macam kenyataan peguam aktivis Azhar Harun yang tidak pro kerajaan dan FELDA, menyatakan biasanya tanah yang nak dibangunkan, tidak dimiliki oleh pemaju.

“Sebenarnya dalam keadaan biasa, pemilik tanah jadi pemilik tanah sambil pembangunan dilaksanakan oleh pemaju, ia menjadi luar biasa bila pemaju ambil alih tanah berkenaan,” kata Shahrir.

Dalam keadaan luar biasa ini jelas beliau lagi, tanah itu tidak dipindah milik kepada pemaju untuk dimajukan.

Ia selari keputusan Lembaga FELDA, mahu tanah yang dipindahmilik oleh pemaju dipulang semula kepada agensi itu  dengan pembangunan diteruskan dan pertukaran milik hanya setelah menjadi bangunan kediaman atau pejabat.

“Kita kena jaga kepentingan FELDA, bukan serah bulat-bulat atau percaya seratus peratus kepada pemaju, macam Rafizi hari ini lebih  condong sokong kepada syarikat atau korporat berbanding  sokongan tanah dimiliki FELDA,” jelasnya lagi.

Menurut Shahrir FELDA tidak tahu apa akan berlaku kepada syarikat pemaju kerana projek boleh tergendala, syarikat boleh cagar tanah pada institusi kewangan dan pemaju juga boleh jual kepada pihak lain.

“Maka, untuk jaga kepentingan FELDA, tanah yang hendak dimajukan oleh SPSB/KLVC, kepentingan FELDA hanya akan terjaga bila tanah itu kekal milik FELDA.

“Apabila pembangunan siap sepenuhnya, kepentingan FELDA akan bertukarlah dengan keuntungan melalui pembangunan tersebut.

“Ada yang kata ini sandiwara, Rafizi kata hanya lakonan dan tanah bukan milik FELDA lagi, sebenarnya semua sidang media mengenai isu tanah ini dibuat dengan tujuan ketelusan di dalam  pentadbiran dan tindakan kita.

“Saya sedar inilah yang dituntut oleh rakyat dan jadi laungan parti pembangkang yang minta ketelusan dan urus tadbir yang baik.  Ini kita nak terapkan di dalam FELDA sebab itu kita terangan perkara benar supaya rakyat tahu,” katanya.


Isu tanah Felda: Shahrir tidak terperanjat Rafizi boleh 'berpusing'...

Sekianlah artikel Isu tanah Felda: Shahrir tidak terperanjat Rafizi boleh 'berpusing'... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Isu tanah Felda: Shahrir tidak terperanjat Rafizi boleh 'berpusing'... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/isu-tanah-felda-shahrir-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu tanah Felda: Shahrir tidak terperanjat Rafizi boleh 'berpusing'..."

Posting Komentar