Kemana hilang 2 buah bas amfibia Terengganu?

Kemana hilang 2 buah bas amfibia Terengganu? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kemana hilang 2 buah bas amfibia Terengganu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kemana hilang 2 buah bas amfibia Terengganu?
link : Kemana hilang 2 buah bas amfibia Terengganu?

Baca juga


Kemana hilang 2 buah bas amfibia Terengganu?

DETIK DAILY



Kemanakah hilangnya dua buah bas amfibia berharga RM6 juta yang dibeli oleh kerajaan negeri Terengganu sejak tahun 2014 lagi kini menjadi isu di Terengganu.


Hari ini, tiga wakil rakyat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Adun Batu Burok), Azan Ismail (Adun Bandar) dan Datuk Raja Bahrin Shah (MP Kuala Terengganu) membuat laporan polis berkaitan dengannya.

Turut serta adalah Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hin.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis IPK Kuala Terengganu pagi ini.

Laporan media pembelian 2 buah bas amfibia oleh kerajaan negeri Terengganu 2 tahun lalu.



Laporan media pembelian 2 buah bas amfibia oleh kerajaan negeri Terengganu 2 tahun lalu.Dalam laporan polis tiga wakil rakyat itu, mereka menuntut polis menyiasat di manakah kedua-dua buah bas yang ditempah oleh kerajaan negeri sejak 2014 itu berada sekarang.

Yang kedua, mereka meminta polis menyiasat berapakah jumlah sebenar harga bas itu.

Yang ketiga, mereka meminta polis menyiasat apakah ada unsur-unsur pecah amanah dalam pembelian itu.
Kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Datuk Seri Ahmad Said ketika itu membuat keputusan membeli dua buah bas amfibia dari Malta.

Bas yang mempunyai pelbagai fungsi itu, dikatakan akan memberikan manafaat kepada rakyat Terengganu.
Menurut laporan media juga, Ahmad Said telah mengesahkan pembelian itu dengan membuat bayaran tempahan 50% dari harga bas itu iaitu 600,000 Euro setiap koc.

Bas itu dijangka akan tiba di Terengganu pada bulan Mei 2015, namun sehingga kini ia belum diketahui statusnya.

Menteri Besar Terengganu sekarang, Datuk Seri Ahamd Razif Abdul Rahman juga mengesahkan dalam satu kenyataan, bas itu akan beroperasi mulai 2015.-M/Dateline



Kemana hilang 2 buah bas amfibia Terengganu?

Sekianlah artikel Kemana hilang 2 buah bas amfibia Terengganu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kemana hilang 2 buah bas amfibia Terengganu? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/kemana-hilang-2-buah-bas-amfibia.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kemana hilang 2 buah bas amfibia Terengganu?"

Posting Komentar