Bantuan kerajaan kepada rakyat dijadikan modal politik pembangkang

Bantuan kerajaan kepada rakyat dijadikan modal politik pembangkang - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bantuan kerajaan kepada rakyat dijadikan modal politik pembangkang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bantuan kerajaan kepada rakyat dijadikan modal politik pembangkang
link : Bantuan kerajaan kepada rakyat dijadikan modal politik pembangkang

Baca juga


Bantuan kerajaan kepada rakyat dijadikan modal politik pembangkang

Berbagai program yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk rakyat dijadikan modal politik murahan pembangkang.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang memainkan isu itu sama dengan memburuk-burukkan program kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia, subsidi pendidikan dan kesihatan serta bantuan lain.

“Semua golongan diberikan perhatian, tiada yang ketinggalan. Malang sekali, semua bantuan kerajaan kepada rakyat dijadikan modal politik murahan oleh pembangkang,” katanya dalam entri terbaharunya, www.najibrazak.com, semalam.

Katanya, sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009, fokus utama kerajaan BN untuk rakyat ialah menyediakan perumahan mampu milik kepada setiap lapisan masyarakat.

Kata beliau, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi mencapai hasrat itu, yang merangkumi segenap lapisan masyarakat.

“Kepada pembangkang, daripada terus menyebarkan berita palsu serta fitnah memburukkan kerajaan, buatlah kerja yang bermanfaat, uar-uarkan skim perumahan itu kepada rakyat.

“Sekurang-kurangnya dapat membantu rakyat yang hendak memiliki rumah sendiri. Jangan kerana nama pembangkang, segala-galanya pun hendak dibangkang. Inisiatif dan usaha baik yang kerajaan laksanakan, panjangkanlah kepada rakyat.

“Walaupun pembangkang tak berupaya laksanakan dan tak dapat buat, sekurang-kurangnya boleh bawa rakyat kepada mereka yang berupaya menyampaikan, iaitu Barisan Nasional,” katanya.

Menurut Najib, setiap bajet Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan dana bagi merealisasikan aspirasi rakyat berkaitan perumahan dan terbaharu dalam Bajet 2018, sejumlah RM2.2 bilion diperuntukan bagi meneruskan usaha menyediakan perumahan untuk semua.

Jelas beliau, bagi golongan berpendapatan rendah atau B40, kerajaan melaksanakan antaranya, Program Perumahan Rakyat yang disewakan atau dijual pada harga amat rendah iaitu antara RM35,000 hingga RM42,000 dengan kos selebihnya dibiayai subsidi kerajaan.

“Bagi golongan B40 tanpa rumah atau tinggal di rumah daif, tetapi mempunyai tanah, program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia disediakan. Kerajaan membina rumah untuk mereka pada kos cuma RM65,000 dengan subsidi kerajaan RM20,000 beserta subsidi dua peratus kadar faedah pinjaman.

“Selain itu, terdapat juga Rumah Idaman Rakyat yang dibina atas tanah kurniaan kerajaan negeri atau Persekutuan pada harga tidak melebihi RM350,000 dengan jualan diutamakan kepada pembeli Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal.

Menurut Najib, bagi golongan berpendapatan 40 peratus sederhana atau M40, kerajaan menyediakan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dibina di kawasan strategik di seluruh negara dan dijual pada harga antara RM100,000 hingga RM400,000.

“Bahkan, terdapat Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip) yang menyasarkan rakyat Malaysia menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan dan hendak membeli rumah pertama mereka. Rumah ini dijual pada harga daripada RM63,000 hingga RM300,000 seunit,” katanya.

Bagi penjawat awam, kata beliau, kerajaan melaksanakan Program Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) untuk mereka berpendapatan rendah dan sederhana. Rumah dijual pada harga RM90,000 hingga RM300,000 seunit.

“Kerajaan turut memperkenalkan pelbagai skim bagi membantu rakyat memiliki rumah, antaranya Skim Rumah Pertamaku yang dilaksanakan untuk membantu golongan muda baru bekerja dengan pendapatan kurang RM5,000 untuk mendapat pembiayaan 100 peratus tanpa membayar wang deposit.

“Bercakap mengenai deposit, terbaru saya mengumumkan skim MyDeposit, di mana kerajaan membantu golongan yang hendak membeli rumah, tetapi tidak mempunyai wang pendahuluan dengan membayar deposit tersebut bersamaan 10 peratuss daripada nilai rumah di bawah RM500,000 atau sehingga jumlah maksimum RM30,000,” katanya.

Kata Najib, ini sebahagian daripada banyak lagi inisiatif yang telah dilaksanakan, semuanya atas dasar keprihatinan kerajaan kepada keinginan dan keperluan rakyat untuk memiliki kediaman sendiri.


Bantuan kerajaan kepada rakyat dijadikan modal politik pembangkang

Sekianlah artikel Bantuan kerajaan kepada rakyat dijadikan modal politik pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Bantuan kerajaan kepada rakyat dijadikan modal politik pembangkang linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/bantuan-kerajaan-kepada-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bantuan kerajaan kepada rakyat dijadikan modal politik pembangkang"

Posting Komentar