Asri teruskan serangan terhadap Syiah

Asri teruskan serangan terhadap Syiah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Asri teruskan serangan terhadap Syiah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Asri teruskan serangan terhadap Syiah
link : Asri teruskan serangan terhadap Syiah

Baca juga


Asri teruskan serangan terhadap Syiah


 
 
Perjuangan Syiah adalah mewujudkan negara revolusi seperti di Iran, kata mufti Perlis. 


Mohd-Asri-Zainul-Abidin_Syiah_new600


KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin meneruskan serangannya terhadap Syiah, sekali lagi menegaskan ajaran itu mengancam keselamatan negara.

Ditemui FMT di satu acara di ibu negara, Asri berkata mana-mana pihak atau individu yang membandingkan pengikut Syiah dan pengganas IS tidak faham betapa bahayanya amalan Syiah atau sebenarnya berat sebelah.

“Seketika mereka katakan mereka menolak negara yang dikuasai golongan mullah hinggakan orang awam tidak dibenarkan dan tidak berhak mempertikaikan golongan agama.

“Sedangkan amalan Syiah itu pula, perjuangannya adalah untuk mewujudkan negara revolusi seperti di Iran…itulah yang akan mewujudkan negara mullah,” katanya.

Iran sebuah negara majoriti pengikut Syiah, dan revolusi 1979 yang menumbangkan Raja Mohammad Reza Pahlavi membawa penubuhan republik Islam menjadi ilham kepada gerakan Islamis serata dunia.

Asri menambah jika amalan Syiah berkembang di negara ini, ia akan menghapuskan amalan demokrasi yang menjadi teras pentadbiran negara.

“Tidak ada lagi amalan demokrasi kerana ia lebih memberikan kuasa kepada golongan agama, seolah-olah menjadikan mereka ini sebagai wakil tuhan dalam setiap tindakan,” katanya.

Syiah merupakan aliran Islam ke-2 terbesar di dunia, dan paling berpengaruh di Iraq, Iran, Kuwait, Bahrain dan beberapa kawasan di Arab Saudi serta Yaman.

Pihak berkuasa Islam di Malaysia menganggap pengikut Syiah sebagai “sesat” melalui satu fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996.

Dwistandard

Sementara itu, Asri mengkritik Pengarah Islamic Renaissance Front Datuk Dr Ahmad Farouk Musa yang membandingkan keganasan militan IS kepada amalan pengikut Syiah. Farouk berkata mereka yang ditahan atas dakwaan keganasan bukan dari kalangan pengikut Syiah, tetapi pengikut fahaman Wahabi yang menjadi ikutan di Arab Saudi.

“Dia dalam satu masa mahu menolak negara yang dipimpin agamawan dan pada masa sama setuju untuk mewujudkan negara Syiah, menyokong penyebaran Syiah dan menentang kumpulan yang mahu mewujudkan teokrasi berteraskan agama.

“Ini dwistandard. Kalau betul tidak suka kepada negara yang dikuasai golongan ulama agama, anda mesti membantah kewujudan Syiah kerana ia akan mewujudkan negara yang tidak demokratik,” tegas Asri.

Arab Saudi mempunyai majoriti pengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan merupakan seteru ketat Iran. Asri juga didakwa mempromosikan fahaman Salafi, yang dikaitkan dengan Wahabi yang lebih agresif.

Asri sebelum ini membidas Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, selepas pegawai tinggi polis anti-pengganas itu berkata karya sarjana kurun ke-13, Ibn Taymiyyah, menjadi ilham kepada ramai umat Islam ke arah ekstremisme.

Mufti Perlis itu sebelum ini mempertahankan tindakan menyerbu rumah aktivis Amri Che Mat di Kangar pada 2015 dan menyoal kecenderungan Amri terhadap Syiah.

Perkara itu didedahkan oleh isteri Amri, Norhayati Ariffin, dalam siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) ke atas kehilangan misteri aktivis Perlis Hope itu.

“Syiah berkembang di Perlis dan juga ada di Satun (Thailand), markas mereka. Ini bukan satu perkara kecil. Saya ulangi, ini memang boleh menggugat keselamatan negara,” kata Asri.

Asri hari ini menjelaskan bahawa beliau menyokong kerja-kerja kebajikan mana-mana NGO, termasuk Perlis Hope, yang membantu golongan memerlukan.

“Ia (Perlis Hope) hanyalah luaran sahaja, kita juga sudah beritahu Perlis Hope bukanlah isu,” katanya.

“Tetapi isunya adalah pemikiran revolusi Iran. Pemikiran seperti Iran itu ancaman. Aktiviti kebajikan bukanlah suatu bentuk ancaman, idea untuk mewujudkan negara mullah adalah ancaman,” tambahnya



Asri teruskan serangan terhadap Syiah

Sekianlah artikel Asri teruskan serangan terhadap Syiah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Asri teruskan serangan terhadap Syiah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/asri-teruskan-serangan-terhadap-syiah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Asri teruskan serangan terhadap Syiah"

Posting Komentar