AHLI PPBM DESAK MAHATHIR LETAK JAWATAN PARTI

AHLI PPBM DESAK MAHATHIR LETAK JAWATAN PARTI - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AHLI PPBM DESAK MAHATHIR LETAK JAWATAN PARTI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AHLI PPBM DESAK MAHATHIR LETAK JAWATAN PARTI
link : AHLI PPBM DESAK MAHATHIR LETAK JAWATAN PARTI

Baca juga


AHLI PPBM DESAK MAHATHIR LETAK JAWATAN PARTI

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) digesa membuat siasatan terperinci terhadap mesyuarat agung tahunan (AGM) pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Sabtu lalu kerana didakwa tidak mengikut perlembangaan parti.

Ketua Bahagian BERSATU Temerloh Amerus Che Onn yang membuat dakwaan itu berkata AGM pada Sabtu lalu dilihat ‘syok sendiri’ kerana hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.

“Pemilihan perwakilan ke AGM tidak dibuat ikut perlembagaan parti. Tiada perhimpunan di peringkat cawangan dan bahagian untuk memilih perwakilan hadir AGM pertama itu. Selain itu, perhimpunan untuk Angkatan BERSATU Anak Muda (Armada) dan Srikandi juga tidak diadakan.

“Saya rasa kami ditipu dan dipermainkan. Maka, saya mendesak RoS membuat siastan terperinci berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di RoS di Putrajaya, hari ini.

Sabtu lalu, BERSATU mengadakan AGM pertama yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam selepas diberikan amaran oleh RoS.

Amerus berkata BERSATU pertama itu hanya memberi tumpuan kepada pimpinan tertentu sahaja dan perwakilan bahagian tidak diberi hak untuk menyuarakan pandangan.

“Matlamat sebenar penubuhan BERSATU sudah tidak wujud kerana kepimpinan tertinggi hanya memperjuangkan kepentingan individu sehingga isu dalaman parti tidak diselesaikan,’ katanya.

Sehubungan itu, Amerus mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletak jawatan sebagai pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan kerana hanya memperjuangkan kepentingan peribadi.

Sebelum ini, RoS memberi amaran kepada BERSATU kerana melakukan tiga kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap Pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.

-Bernama


AHLI PPBM DESAK MAHATHIR LETAK JAWATAN PARTI

Sekianlah artikel AHLI PPBM DESAK MAHATHIR LETAK JAWATAN PARTI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca AHLI PPBM DESAK MAHATHIR LETAK JAWATAN PARTI linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/ahli-ppbm-desak-mahathir-letak-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AHLI PPBM DESAK MAHATHIR LETAK JAWATAN PARTI"

Posting Komentar