Judul : Pemimpin DAP, Aktivis Pelajar Di Tahan Dalam Operasi Anti-Rusuhan
link : Pemimpin DAP, Aktivis Pelajar Di Tahan Dalam Operasi Anti-Rusuhan
Pemimpin DAP, Aktivis Pelajar Di Tahan Dalam Operasi Anti-Rusuhan
PETALING JAYA: Selepas Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan urusetia Mandeep Singh ditahan, giliran Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu pula ditahan polis.
Menerusi status Twitter yang dimuat naik Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, Ronnie ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman oleh pasukan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
“Ronnie ditahan di hadapan Bukit Aman oleh IPK Kuala Lumpur kerana cubaan rusuhan esok. Saya bersama beliau sebentar tadi,” katanya di Twitter.
Bagaimanapun, cubaan menghubungi Lim dan Ronnie gagal ekoran kedua-dua telefon bimbit pemimpin berkenaan tutup.
Sementara itu, Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Amir Abd Hadi memaklumkan aktivis pelajar Muhammad Luqman Nul Hakim daripada Kesatuan Mahasiswa Malaysia dilaporkan ditahan di Genting Sempah.
Mahasiswa Universiti Malaya itu kini dibawa ke IPK Kuala Lumpur dan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan kerana merusuh.
erdahulu, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke turut ditahan dan dibawa ke Bukit Aman, dipercayai berhubung ucapan beliau di Konvensyen Pakatan Harapan pada Sabtu lalu.
Polis turut menyoal Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berhubung pembabitan beliau dalam himpunan itu, yang diadakan Bersih 2.0 bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertegas yang tunjuk perasaan Bersih 5 dan himpunan balas gerakan Baju Merah dipimpin Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos adalah haram, dan memberi amaran tindakan akan diambil.
Sementara itu, peguam Sivarasa Rasiah menyatakan walaupun ditahan himpunan Bersih 5 yang dijadualkan berlangsung esok akan tetap diteruskan.
Tunjuk perasaan solidariti untuk Bersih oleh rakyat Malaysia di luar negara di 57 bandar seluruh dunia juga turut diadakan. Ia diselaraskan jaringan antarabangsa Bersih 2.0, Global Bersih. #sumber
Pemimpin DAP, Aktivis Pelajar Di Tahan Dalam Operasi Anti-Rusuhan
Sekianlah artikel Pemimpin DAP, Aktivis Pelajar Di Tahan Dalam Operasi Anti-Rusuhan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Pemimpin DAP, Aktivis Pelajar Di Tahan Dalam Operasi Anti-Rusuhan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/pemimpin-dap-aktivis-pelajar-di-tahan.html
0 Response to "Pemimpin DAP, Aktivis Pelajar Di Tahan Dalam Operasi Anti-Rusuhan"
Posting Komentar