Judul : Ada Pemimpin Pembangkang Melarikan Diri?
link : Ada Pemimpin Pembangkang Melarikan Diri?
Ada Pemimpin Pembangkang Melarikan Diri?
Naib Presiden Warisan, Peter Anthony menyangkal tuduhan terbaru terhadapnya berhubung urus niaga tanah, menganggapnya sebagai satu "pembohongan".
Menjawab kenyataan lewat malam tadi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mendesak pemimpin Warisan dan seorang peguam menyerahkan diri dalam masa 48 jam, Anthony berkata beliau tidak bersembunyi.
Dalam mesej WhatsApp kepada The Malaysian Insight, beliau berkata sudah disoal siasat beberapa kali oleh SPRM dan sentiasa bekerjasama dengan agensi anti-rasuah itu.
"Saya bukan melarikan diri," katanya kepada The Malaysian Insight. "Saya akan mengadakan sidang akhbar hari ini."
Mengenai tuduhan terbaru oleh SPRM, Anthony berkata: "Ini adalah satu pembohongan".
Dalam kenyataan itu, Anthony dan peguam, Michael Ubu, diberikan tempoh 48 jam untuk menyerah diri ke pejabatnya di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu.
Kenyataan itu berkata kedua-duanya dikehendaki untuk disoal siasat mengenai urus niaga tanah bernilai RM15 juta di daerah luar bandar Tongod.
Anthony, seorang ahli perniagaan berusia 46 tahun yang menjadi ahli politik, pernah ditahan dua kali oleh SPRM.
Masalah pertamanya dengan undang-undang adalah pada 5 Oktober apabila disiasat dengan dakwaan menyeleweng dana persekutuan yang diperuntukkan bagi projek luar bandar Sabah.
Pada 7 November, beliau sekali lagi ke pejabat SPRM, kali ini disiasat dengan dakwaan tuntutan palsu RM42 juta dalam projek landskap Universiti Malaysia Sabah.
Kali ini, Anthony dan Ubu dikehendaki bagi disoal mengenai urus niaga tanah sawit seluas 2,428 hektar di Tongod dua tahun lalu.
Portal berita Sabah melaporkan SPRM sudah membuka kertas siasatan mengenai apa yang dikatakan Risda sebagai pecah amanah.
Menurut SabahKini2, Risda membayar 10% kepada firma guaman Michael Ubu and Co pada Julai 2014. Firma undang-undang itu dimiliki oleh Anthony.
Kes itu berlangsung sejak bertahun lalu bagi membolehkan pihak firma dan peguam mengembalikan deposit terlibat.
Ia juga mengatakan Anthony tidak melaporkan dirinya ke pejabat SPRM sejak dua bulan lalu, melanggar perintah mahkamah selepas reman terakhirnya. – the malaysian insight
Iklan
Ada Pemimpin Pembangkang Melarikan Diri?
Sekianlah artikel Ada Pemimpin Pembangkang Melarikan Diri? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Ada Pemimpin Pembangkang Melarikan Diri? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/ada-pemimpin-pembangkang-melarikan-diri.html
0 Response to "Ada Pemimpin Pembangkang Melarikan Diri?"
Posting Komentar