AGM PPBM : Apa Yang Dihasilkan Selain Sumpah Seranah?

AGM PPBM : Apa Yang Dihasilkan Selain Sumpah Seranah? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AGM PPBM : Apa Yang Dihasilkan Selain Sumpah Seranah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AGM PPBM : Apa Yang Dihasilkan Selain Sumpah Seranah?
link : AGM PPBM : Apa Yang Dihasilkan Selain Sumpah Seranah?

Baca juga


AGM PPBM : Apa Yang Dihasilkan Selain Sumpah Seranah?

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menimbulkan persoalan apakah hasil daripada perhimpunan sulong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terutama sekali berkaitan dengan agenda Melayu dan Bumiputera serta seluruh rakyat di negara ini.

Menurut beliau sewajarnya sebagai sebuah parti yang kononnya ditubuh untuk menggantikan dan menjadi lebih baik daripada UMNO sudah tentulah ada yang menanti untuk mendengar apa agenda dan halatuju yang dibawa oleh parti berkenaan.

“Namun ternyata perhimpunan agung yang kali pertama ini diadakan, sebagaimana yang diluahkan oleh beberapa wakil Pemuda PPBM misalnya Ketua Pemuda PPBM Kuantan, berpendapat perhimpunan tersebut hanya berkisar kepada kritikan Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Najib Razak dan langsung tiada perkara khusus bercakap soal masa depan pendidikan, ekonomi, agama apatah lagi berkaitan dengan agenda Melayu serta Bumiputera.

“Maknanya tiada sesuatu yang menarik untuk dibawa atau lebih baik untuk menandingi perancangan hari ini dan masa depan yang akan dibuat oleh Barisan Nasional (BN) seperti perancangan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan pelbagai program tranformasi lain yang diusahakan oleh Kerajaan hari ini.

“Nampaknya perhimpunan itu hanya mengelakkan PPBM dibatalkan pendaftaran atau tidak melayakkannya menyertai pakatan harapan. Itu sajalah tujuan nampaknya,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Serentak itu, Dr Shamsul yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO melihat PPBM tidak lebih ditubuh hanya bagi melunaskan dendam Tun Mahathir dan beberapa lagi pemimpinnya kepada UMNO khususnya terhadap Datuk Seri Najib Razak.

“Oleh itu apa yang rakyat boleh harapkan daripada PPBM. Apapun hakikat sebenarnya rakyat mesti faham bahawa PPBM bukan parti dominan dalam pakatan harapan. Saya tidak fikir PPBM akan bertanding lebih banyak kerusi daripada parti parti lain dalam pakatan mereka.

“Begitu juga dengan semangat permuafakatan sesama mereka di dalam pakatan gabungan tersebut. Situasi ini perlu kita fikirkan dan mereka sangat berbeza kalau hendak dibandingkan dengan permaufakatan dalam Barisan Nasional. Oleh itu sangat jelas pada saya PPBM sangat berbeza daripada UMNO dan ia hanya parti yang ditubuh berasaskan dendam dan tiada arah hala tuju,” ujarnya.

Dalam pada itu, berhubung permohonan maaf Tun Dr Mahathir, beliau melihat ia hanya berkisar kepada permohonan maaf kepada Dap dan juga PKR dalam usahanya menarik simpati mereka semata-mata.

“Apatah lagi Tun Dr Mahathir belum lagi secara muktamad disokong sepenuhnya sebagai calon PM. Maknanya tiada keikhlasan dalam permohonan maaf tersebut, retorik semata-mata dan hanya mahukan sokongan dan Tun Mahathir tetap dengan sikapnya yang tidak akan mengaku salah atas setiap perbuatannya termasuklah isu Memali apabila secara tiba tiba mengaitkan Mufti atas peristiwa berkenaan.

“Jika inilah keadaanya rakyat tidak boleh mengharapkan mereka dan masa depan akan tergugat kalau inilah agenda perjuangannya. Tun Mahathir sekadar hanya menjadi PM boneka dan terpaksa mengikut telunjuk orang lain akhirnya,” katanya. –MediaUMNO


AGM PPBM : Apa Yang Dihasilkan Selain Sumpah Seranah?

Sekianlah artikel AGM PPBM : Apa Yang Dihasilkan Selain Sumpah Seranah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca AGM PPBM : Apa Yang Dihasilkan Selain Sumpah Seranah? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/agm-ppbm-apa-yang-dihasilkan-selain.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AGM PPBM : Apa Yang Dihasilkan Selain Sumpah Seranah?"

Posting Komentar