Judul : BENARKAH BUKAN MAHATHIR YANG PECAT TUN SALLEH?
link : BENARKAH BUKAN MAHATHIR YANG PECAT TUN SALLEH?
BENARKAH BUKAN MAHATHIR YANG PECAT TUN SALLEH?
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dilabelkan sebagai penghukum dan gemar menyalahkan orang lain, dengan dakwaan terbarunya berhubung kes pemecatan bekas ketua hakim negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Tun Dr Mahathir mendakwa pemecatan tersebut dibuat atas kehendak bekas Yang DiPertuan Agong pada ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, dan menyalahkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman kerana menggunakan nama beliau.
Namun demikian, perkara berkenaan telah dinafikan oleh Abu Talib dalam satu sidang media semalam.
“Menurut beliau (Tun Dr Mahathir), surat Tun Salleh kepada YDP Agong bukan kerana isu bunyi bising ekoran kerja ubah suai rumah Tuanku seperti yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir.
“Tetapi surat Tun Salleh adalah berkenaan dengan rasa tidak puas hati para hakim kerana Tun Dr Mahathir telah menyerang institusi kehakiman secara terbuka termasuk di Parlimen.
“Oleh kerana Tun Salleh masih hidup maka alangkah baiknya Tun Salleh memberikan penjelasan terperinci mengenainya.,” ujar Mohd Puad menerusi catatan terbaru di lama Facebooknya.
Tambah beliau lagi, perihal sebenar ketidakpuasan hati Tun Dr Mahathir terhadap institusi kehakiman juga boleh dirujuk melalui buku “May Day for justice” yang ditulis oleh Tun Salleh dan K Das di mana Tun Dr Mahathir mula mengkritik secara terbuka Institusi berkenaan ekoran pemilihan UMNO pada tahun 1987 yang melihatkan Tun Dr Mahathir menang tipis ke atas Tengku Razaleigh.
“11 orang ahli UMNO (asalnya 12) mengheret kes itu ke Mahkamah. Akibatnya UMNO diistihar haram tetapi keputusan pemilihan dikekalkan. 11 orang itu membuat rayuan. Sepatutnya didengar pada 13 Jun 1988.
“Maka di situlah menurut buku itu masalah bermula antara TunDr Mahathir dengan Ketua Hakim Negara. Beliau bimbang rayuan 11 orang itu akan di terima dan pemilihan UMNO dibuat semula,” katanya.
Justeru, jelas Mohd Puad, Tun Salleh yangdipercayai tidak senang hati dengan kritikan terbuka itu telah mengadakan mesyuarat khas bersama 20 hakim yang lain pada 25 Mac 1988, dan bertindak menghantar surat kepada YDP Agong untuk menyatakan rasa tidak puas hati para hakim terhadap Tun Dr Mahathir.
“Ibarat disorong bantal, Tun Dr Mahathir didakwa mengambil kesempatan sebagai Perdana Menteri menasihatkan Yang DiPertuan Agong untuk memecat Tun Salleh Abas (Rujuk buku berkenaan).
“Tidak berapa lama selepas dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Omar mengenepikan permohonan rayuan 11 orang bekas ahli UMNO itu,” katanya.
Sementara itu, beliau turut mempersoalkan pendirian oleh bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berhubung perkara berkenaan memandangkan ketika Zaid masih bertugas sebagai menteri yang bertanggungjawab berkenaan Undang – Undang pada tahun 2008,beliau mencadangkan supaya kerajaan memohon maaf kepada semua hakim yang dipecat ketika itu termasuk diberi bayaran pampasan.
Malah, persoalan yang sama turut diajukan terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang berserta Majlis Peguam berhubung pendirian mereka dalam isu berkenaan.
“Lim Kit Siang pernah menganjurkan di Parlimen pada tahun 1989 supaya semua ahli parlimen membaca buku “May Day for Justice”. Lim Chee Wee pula (bekas Presiden Bar Council) mendesak isu ini disemak semula.
“Tetapi kenapa sekarang diam? Apakah mereka juga menyokong bakal Perdana Menteri Sementara Pakatan Harapan ini?,” soal Mohd Puad.

Sekianlah artikel BENARKAH BUKAN MAHATHIR YANG PECAT TUN SALLEH? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca BENARKAH BUKAN MAHATHIR YANG PECAT TUN SALLEH? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/benarkah-bukan-mahathir-yang-pecat-tun_6.html
0 Response to "BENARKAH BUKAN MAHATHIR YANG PECAT TUN SALLEH?"
Posting Komentar