Zaid Ibrahim tak akan terlepas...

Zaid Ibrahim tak akan terlepas... - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zaid Ibrahim tak akan terlepas..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zaid Ibrahim tak akan terlepas...
link : Zaid Ibrahim tak akan terlepas...

Baca juga


Zaid Ibrahim tak akan terlepas...

Tindakan ke atas Datuk Zaid Ibrahim kerana mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan diambil sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, jika siasatan mendapati wujudnya pelanggaran undang-undang, pasti ahli DAP itu tidak akan terlepas daripada pendakwaan akibat kenyataannya di Twitter pada 4 Disember lalu.

Kata beliau, malah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengendalikan siasatan ke atas Zaid.

“Sudah tentu jika undang-undang telah dilanggari, tindakan akan diambil sewajarnya,” kata beliau.

Sebelum ini, Zaid menerusi akaun Twitter miliknya mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang antara lain menegur Dr. Mahathir berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri itu menghina kaum Bugis.

Menerusi kenyataan di media sosial itu, Zaid memberitahu Sultan Sharafuddin harus lebih berhati-hati dengan kata-kata baginda kerana tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Hasan Malek berkata ahli UMNO mesti memperhebatkan penggunaan media sosial dalam menyalurkan maklumat tepat dan terkini.

“Dunia digital adalah senjata utama dalam bentuk "peperangan" pada masa kini, ia boleh sampai kepada akar umbi dan rakyat dalam sekelip mata berbanding dengan mekanisma sebelum ini, yang mana kita harus berjumpa dengan orang ramai dan ahli.

“Sekarang kita mampu berhubung melalui pelbagai cabang perhubungan antaranya Whatapps, Twitter, Facebook, Instagram dan bermacam lagi hanya melalui satu device di tangan,” katanya ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Hasan berkata, pembangkang melakukan pelbagai serangan terhadap parti dan kerajaan melalui saluran yang sama malah ada diantara mereka mempunyai pasukan khas untuk tujuan tersebut.

Menurutnya, apa yang lebih menyedihkan dan amat membimbangkan sebilangan besar rakyat terpengaruh dengan auta pembangkang itu.

“Setiap pihak kementerian dan agensi harus memainkan peranan yang aktif dan menyalurkan maklumat secara berterusan agar rakyat mengetahui apa yang dilakukan oleh kerajaan.

“Begitu juga dengan peranan UMNO, dalam menyalurkan maklumat dikalangan ahli dan rakyat amnya. Perkara ini tidak harus separuh jalan ia harus berterusan dan dilaksankan secara kreatif. Saya yakin jika perkara ini dimanfaatkan dan rangkaian media sosial kita hebat, ia akan membuahkan hasil terbaik buat kita semua,” katanya.


Zaid Ibrahim tak akan terlepas...

Sekianlah artikel Zaid Ibrahim tak akan terlepas... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Zaid Ibrahim tak akan terlepas... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/zaid-ibrahim-tak-akan-terlepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zaid Ibrahim tak akan terlepas..."

Posting Komentar