Judul : Hadi: Sunni Dan Syiah Perlu Henti Bermusuhan, "Tidak Boleh" Terus Bertelagah
link : Hadi: Sunni Dan Syiah Perlu Henti Bermusuhan, "Tidak Boleh" Terus Bertelagah
Hadi: Sunni Dan Syiah Perlu Henti Bermusuhan, "Tidak Boleh" Terus Bertelagah
SHAH ALAM: Masyarakat Sunni dan Syiah tidak boleh terus bertelagah di saat umat Islam seluruh dunia ditindas pelbagai pihak, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS itu berkata, permusuhan dua mazhab utama Islam itu berpunca daripada peristiwa silam yang lama berlalu dan tidak dapat diubah lagi.
“Ia berasal daripada isu politik, tentang siapa yang layak menjadi khalifah (menggantikan Nabi Muhammad).
“Dalam ucapan di Iran, saya bertegas tiada guna kita bahas siapa lebih layak menjadi khalifah. Mereka semua sudah tiada,” katanya pada sesi soal jawab syarahan isu Asia Barat di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.
Majlis itu diadakan bagi merungkai kekeliruan berhubung penyertaannya dalam Muktamar Perpaduan Ummah ke-30 di Tehran, Iran, bulan lalu, yang dikecam sesetengah pihak ekoran dakwaan negara itu menyebelahi kerajaan Bashar Assad dalam konflik Syria.
Penyertaannya dikecam sekumpulan ulama Sunni antarabangsa yang diketuai Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi melalui satu kenyataan yang turut dikongsikan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Facebooknya.
Namun, Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang bersama Presidennya, Mohamad Sabu mempertahankan Hadi dengan menyifatkan penyertaan itu rutin tahunan dan tiada kaitan dengan konflik Syria.
Mengulas lanjut, Hadi berkata, Sunni perlu memperbanyakkan kajian tentang Syiah bagi mencari persamaan antara dua mazhab itu.
“Kita tidak boleh nafi Imam Ja’far al-Sadiq dan Musa al-Kadhim (antara 12 imam Syiah) adalah ulama muktabar. Malah, kira-kira 100 ulama Syiah disebut dalam Sihah Sittah (rujukan hadis utama untuk mazhab Sunni) seperti Bukhari dan Muslim,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan wujudnya golongan Syiah sesat, sama seperti Sunni yang juga tidak terlepas daripada anasir ajaran sesat.
“Malangnya, ada yang gunakan (unsur dan ritual) sesat ini sebagai modal menyerang rakan kita.
“Kita kena rujuk kitab muktabar yang raikan semua mazhab…ambil yang betul dan tinggalkan yang salah,” katanya.
Sempena Hari Asyura 12 Oktober lalu, Hadi membuat seruan sama, iaitu menamatkan permusuhan Sunni dan Syiah.
Ketika itu, beliau meluahkan kekecewaan terhadap permusuhan kedua-dua mazhab yang dilihat semakin parah pada zaman ini dan lebih malang apabila ada agamawan yang menyokong keadaan itu.
Beliau turut memuji Iran yang menurutnya juga memperjuangkan Islam.
“Bukan di negara Sunni sahaja, Iran juga ada gerakan Islam. Selepas Revolusi Islam 1979, Iran putuskan hubungan dengan Israel.
“Sekarang mereka maju dalam sains dan teknologi, (berbanding) negara Arab lain yang bermazhab Sunni yang hanya bangga dengan kekayaan mereka, tidak maju pun tidak mengapa.”
Bagaimanapun, Hadi bertegas ajaran mazhab lain tidak sesuai disebarkan di Malaysia kerana berisiko mencetuskan kekeliruan.
“Rakyat Malaysia sudah ada mazhab Shafie. Mazhab Shafie pun ramai yang belum habis belajar, nanti menjadi masalah dalaman (jika mazhab lain disebarkan).”
Pada 1996, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa Syiah menyeleweng daripada Islam dan mengharamkan umat Islam Malaysia mengamalkannya. #sumber
Hadi: Sunni Dan Syiah Perlu Henti Bermusuhan, "Tidak Boleh" Terus Bertelagah
Sekianlah artikel Hadi: Sunni Dan Syiah Perlu Henti Bermusuhan, "Tidak Boleh" Terus Bertelagah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Hadi: Sunni Dan Syiah Perlu Henti Bermusuhan, "Tidak Boleh" Terus Bertelagah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/hadi-sunni-dan-syiah-perlu-henti.html
0 Response to "Hadi: Sunni Dan Syiah Perlu Henti Bermusuhan, "Tidak Boleh" Terus Bertelagah"
Posting Komentar