Judul : Naraza: PAS 'Persoal', Mampukah Shahrir Membuat 'Magis' Di Felda
link : Naraza: PAS 'Persoal', Mampukah Shahrir Membuat 'Magis' Di Felda
Naraza: PAS 'Persoal', Mampukah Shahrir Membuat 'Magis' Di Felda
PETALING JAYA: Peneroka menantikan keajaiban yang mampu Tan Sri Shahrir Samad lakukan sebagai pengerusi baharu untuk mengembalikan kecemerlangan Felda dalam tempoh dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat, Naraza Muda.
Naraza Muda berkata Shahrir berdepan cabaran sukar kerana hampir semua aset Felda sebelum ini sudah menjadi milik Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), yang pada masa ini masih mengekalkan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi.
Katanya, Felda sebagai pemegang saham terbesar FGV akan terkesan daripada turun naik saham FGV sementara Shahrir menghadapi jalan sukar memastikan FGV mampu memberi pulangan pada Felda selagi Isa masih ada di situ.
“Langkah Shahril akan terhalang, apa jua tindakan pengerusi Felda akan terencat merujuk perkembangan terkini.
“Apa yang Shahrir boleh struktur hanya pada Felda, tetapi FGV tidak apa yang boleh dibuat, bahkan satu lagi pertembungan pengurusan akan terjadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan minggu lalu mengumumkan pelantikan Shahrir bagi menggantikan Isa yang tamat tempoh perkhidmatannya. Bagaimanapun Isa kekal sebagai pengerusi FGV.
Shahrir, 67, ialah wakil rakyat berpengaruh di Johor dan menjadi ahli Parlimen Johor Bahru selama 4 penggal. Beliau kini ialah pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan dan pernah dilantik sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna dan juga bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia (PAC).
Naraza berkata tanah ladang sawit Felda seluas 360 ribu hektar kini milik FGV sedangkan aset itu umpama “angsa bertelur emas” bagi Felda kerana mampu memberi pendapatan tunai RM1.2 hingga RM1.8 bilion setiap tahun.
Katanya, Felda sebelum ini banyak menyelesaikan masalah dan membuka pelaburan baharu hasil kewangan kukuh serta urus tadbir cemerlang sehinggalah Isa dilantik sebagai pengerusi pada 2011.
Beliau berkata Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang memiliki 51% saham dalam Felda Holdings disingkir Isa dan digantikan dengan FGV dan sejak itu banyak dana Felda dan FGV digunakan untuk membuat pelaburan besar di dalam dan luar negara.
“Di sinilah terletaknya cabaran utama Shahrir untuk memulihkan Felda dan paling utama keyakinan pengundi warga Felda di 317 tanah rancangan di 54 daripada 222 Parlimen perlu dikekalkan untuk menghadapi PRU14,” katanya.
Pada PRU13, BN memenangi 51 kerusi Parlimen dan menjadikan kawasan Felda sebagai aset simpanan tetap parti pemerintah. #sumber
Naraza: PAS 'Persoal', Mampukah Shahrir Membuat 'Magis' Di Felda
Sekianlah artikel Naraza: PAS 'Persoal', Mampukah Shahrir Membuat 'Magis' Di Felda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Naraza: PAS 'Persoal', Mampukah Shahrir Membuat 'Magis' Di Felda linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/naraza-pas-persoal-mampukah-shahrir.html
0 Response to "Naraza: PAS 'Persoal', Mampukah Shahrir Membuat 'Magis' Di Felda"
Posting Komentar