Selepas cuma sehari berkuatkuasa sistem IMAMS untuk visa umrah dibatalkan...

Selepas cuma sehari berkuatkuasa sistem IMAMS untuk visa umrah dibatalkan... - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selepas cuma sehari berkuatkuasa sistem IMAMS untuk visa umrah dibatalkan..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas cuma sehari berkuatkuasa sistem IMAMS untuk visa umrah dibatalkan...
link : Selepas cuma sehari berkuatkuasa sistem IMAMS untuk visa umrah dibatalkan...

Baca juga


Selepas cuma sehari berkuatkuasa sistem IMAMS untuk visa umrah dibatalkan...

Jarang berlaku begini.Cuma sehari sahaja peraturan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang dilaksana oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini berkuatkuasa.

Gara-gara bantahan dan maklumbalas negatif yang diterima pihak kementerian pada Sabtu telah membatalkan penguatkuasaaan IMAMS  yang bermula semalam Jumaat.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin memaklumkan hal itu menerusi kenyataan ringkas di laman sosialnya.

Semalam ketika lancar IMANS beliau berkata ia merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, bertujuan menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.

Katanya kesemua 65 agensi pelancongan berstatus muassasah di negara ini yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) diwajibkan menggunakan IMAMS bagi permohonan visa umrah, berkuat kuasa Jumaat.

Statistik kementerian menunjukkan terdapat 75 kes penipuan pakej umrah pada tahun ini hingga Oktober lepas, manakala statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh sama pula mencatatkan kerugian akibat penipuan itu berjumlah RM1.4 juta.

Sementara itu Ketua Setiausahanya, Datuk Rashidi Hasbullah dilaporkan berkata, penangguhan itu dibuat berikutan maklum balas orang ramai serta pengendali pakej umrah berhubung sistem tersebut.

Katanya, kementerian akan mengkaji semula mekanisme bagi memantau dan mengawal syarikat pelancongan serta pengendali umrah daripada menipu para jemaah.

"Sistem IMAMS ini bagus tetapi aspek-aspek kos terlibat perlu diperhalusi kerana kita rasa ia terlampau mahal dan sebagai kita sebagai pihak yang prihatin tidak mahu rakyat terbeban," katanya.

 Antara yang membantah perlaksanaan IMAMS ialah Pemuda UMNO.

Exco Pemuda, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, pergerakan itu memahami keputusan kerajaan untuk mengatasi masalah penipuan umrah yang semakin berleluasa tetapi IMAMS bukan kaedah yang terbaik.

Beliau berkata, IMAMS bukan percuma malah mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) RM5.10 selain bayaran tambahan RM45 untuk sistem dan pengurusan serta RM40 (insurans) kepada setiap umat Islam yang hendak mengerjakan umrah.

Ditanya tentang langkah seterusnya, Rashidi berkata, kementerian akan mengadakan mesyuarat bersama pengendali pakej umrah serta pihak-pihak berkepentingan berhubung perlaksanaan sistem tersebut.


Selepas cuma sehari berkuatkuasa sistem IMAMS untuk visa umrah dibatalkan...

Sekianlah artikel Selepas cuma sehari berkuatkuasa sistem IMAMS untuk visa umrah dibatalkan... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Selepas cuma sehari berkuatkuasa sistem IMAMS untuk visa umrah dibatalkan... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/selepas-cuma-sehari-berkuatkuasa-sistem.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Selepas cuma sehari berkuatkuasa sistem IMAMS untuk visa umrah dibatalkan..."

Posting Komentar