Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri

Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri
link : Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri

Baca juga


Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri

MALAYSIAKINI
 

Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata ketetapan harga siling minyak itu mungkin akan diumumkan pada hari Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding ketika ini ia hanya dilakukan sebulan sekali.

Katanya kerajaan menetapkan harga bagi mengelak bahan bakar tersebut melebihi harga yang sepatutnya di pasaran.

"Sebenarnya apa yang saya dan Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Johari Abdul Ghani) lakukan adalah untuk memastikan rakyat merasai sesuatu yang ditentukan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia.

"Terpulang kepada syarikat minyak untuk bekerjasama dengan persatuan dan memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang ketinggalan daripada konsep yang kita hendak tetapkan ini," katanya.

Hamzah yang juga anggota Parlimen Larut bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bagan Bharu, hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata papan tanda harga siling bahan bakar akan diletakkan di semua stesen minyak di seluruh negara supaya pengguna dapat mengetahui sama ada ia meningkat atau menurun.

"Bila kita letak harga siling, terpulanglah kepada stesen minyak sama ada nak menurunkan harga atau bagaimana cara dia nak kempen supaya orang datang ke stesen minyak mereka termasuk menawarkan inisiatif," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah mengambil kira pelbagai aspek sebelum menaikkan harga gula pasir putih sambil meminta semua pihak supaya menghentikan sebarang persepsi negatif berhubung keputusan itu.

Katanya kerajaan sentiasa memikirkan bagaimana sesuatu harga yang paling patut diberikan kepada rakyat memandangkan harganya masih berada pada kadar yang rendah berbanding negara Asia Tenggara seperti Thailand iaitu RM3 sekilogram.

Harga baharu gula pasir putih bertapis kasar ialah RM2.95 sekilogram, berkuat kuasa 1 Mac lalu susulan peningkatan ketara harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.

Sebelum ini, harga gula pasir putih bertapis ialah RM2.84 per kg dan kali terakhir harga gula dikemas kini ialah pada 25 Okt 2013.- Bernama




Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri

Sekianlah artikel Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/harga-siling-bahan-api-diumum-setiap.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri"

Posting Komentar