Judul : ISU KELUAR PARTI: “KUKU BESI”, KRONISME ARISTOKRATIK AKAN MUSNAHKAN PPBM
link : ISU KELUAR PARTI: “KUKU BESI”, KRONISME ARISTOKRATIK AKAN MUSNAHKAN PPBM
ISU KELUAR PARTI: “KUKU BESI”, KRONISME ARISTOKRATIK AKAN MUSNAHKAN PPBM
Corak budaya politik “kuku besi”, tidak hirau suara akar umbi dan kronisme aristokratik begitu tebal dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyebabkan ramai pengasas, pemimpin dan ahlinya tidak tahan, sekaligus keluar parti.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaacob berkata, perkara-perkara tersebut diutarakan sendiri oleh mereka yang bertindak keluar dari PPBM dan ia tidak menghairankan sekiranya dilihat pada kepimpinan utama parti itu.
“Setiap kali ahli dan pemimpin PPBM keluar parti, rata-ratanya memberikan alasan yang hampir sama. Corak budaya politik “kuku besi”, tidak hirau suara akar umbi dan kronisme aristokratik begitu tebal dalam PPBM. Itu antara yang diberitahu oleh mereka.
“Mereka bukan orang lain dan berpuluh tahun pernah bersama kita (UMNO). Kita tahu cara mereka berpolitik dan saya berpandangan ia merupakan suatu yang menghairankan,” katanya kepada Kedahnews.com ketika ditemui di sini, hari ini.
Suraya diminta mengulas mengenai lima pemimpin Srikandi PPBM yang sebelum ini menjadi nadi gerakan parti itu di negeri Kedah bertindak nekad mengumumkan perletakan semua jawatan dan keluar parti berkuat kuasa serta merta, petang semalam.
Suraya berkata, beliau juga tidak terkejut dengan pelbagai tuduhan serta kata-kata nista yang dilemparkan terhadap semua pemimpin dan ahli PPBM yang keluar parti.
Katanya, pelbagai hinaan itu tidak lebih sebagai salah satu propaganda bagi menjejaskan imej mereka yang keluar dari parti itu dan menakut-nakutkan ahli yang berkeinginan untuk meninggalkan parti tersebut.
“Kita dapati, setiap kali ahli atau pemimpin PPBM keluar parti, mereka akan dihamun, dikutuk dengan pelbagai gelaran dan nista.
“Mungkin itu propaganda politik untuk menakut-nakutkan mereka yang sudah tak tahan bersama PPBM.
“Sebelum ini ketika bersama kita (UMNO), kita tak halang mereka ketika mahu keluar parti dan sertai PPBM dulu. Kita juga tak pernah tuduh mereka “makan dedak” atau gelar dengan gelaran kesat. Itu bukan sikap Wanita UMNO,” tegas beliau.
Walau bagaimanapun, Suraya mengucapkan tahniah kepada lima bekas pemimpin Srikandi PPBM atas keberanian mereka untuk bangkit dan tidak terus membiarkan diri menjadi “pekakas” parti yang turut dikenali sebagai “bunga raya” itu.
Namun beliau jujurnya mengatakan bahawa meskipun pihaknya tidak memaksa mereka untuk kembali ke pangkuan UMNO, namun terpulang kepada mereka untuk memutuskan perjuangan politik masing-masing.
“Mereka tetap kawan kita sama ada ketika bersama UMNO atau PPBM. Kita ucapkan tahniah kerana mereka cepat sedar dan tidak terus biar diri diperalat.
“Kita tak paksa mereka kembali kepada Wanita UMNO. Bergantung kepada parti mereka yang mereka yakin dan percaya mampu perjuangkan Agama, Bangsa dan Negara. Terpulang pada mereka untuk buat keputusan,” ujarnya.
Bersandarkan kepada apa yang berlaku, Suraya yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri dan Adun Sungai Tiang itu menyerahkan segalanya kepada rakyat untuk menilai sendiri tentang agenda sebenar yang tersembunyi di sebalik parti tersebut.
Tegas beliau, meskipun dibarisi kepimpinan yang hebat, namun ramai yang tahu dan semakin sedar tentang perjuangan sebenar PPBM yang lebih cenderung kepada kepentingan individu, namun berselindung di sebalik nama “rakyat”.
“Bagi Wanita UMNO Bahagian Pendang, tindakan lima pemimpin Srikandi itu keluar parti merupakan suatu perkara yang telah lama dijangka. Ramalan itu terbukti tepat apabila ramai yang keluar dari parti itu terutama sejak akhir-akhir ini.
“Mengamalkan demokrasi matang, kami menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat untuk menilai tentang siapa sebenarnya PPBM dan apakah agenda sebenar yang diperjuangkan parti itu.
“Kami yakin, rakyat di negara ini cukup rasional untuk melihat “warna sebenar” PPBM di sebalik “kelopak bunga raya” yang layu itu,” kata beliau, mengharapkan agar apa yang berlaku dapat membuka mata rakyat di negara ini.
Lima bekas pemimpin Srikandi PPBM bertindak keluar parti semalam adalah Exco Srikandi PPBM Pusat, Zuraini Kamal, dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Srikandi PPBM negeri, Halimaton Saadiah Shah Mat (Ketua Srikandi PPBM Pendang) dan Rukiza Abu Bakar (Ketua Srikandi PPBM Pokok Sena).
Selain itu, dua AJK Srikandi Bahagian Kuala Kedah, Sopi Aziz dan Fatimah Ahmad turut melepaskan semua jawatan dan bertindak keluar parti bersama.
Di sebalik tindakan PPBM Negeri Kedah yang diketuai Dato’ Seri Mukhriz Mahathir yang “mencuri” kepimpinan PAS untuk menyertai partinya, difahamkan lebih ramai lagi pemimpin dan akar umbi PPBM yang bakal meninggalkan parti itu tidak lama lagi. -Kedahnews.com

Sekianlah artikel ISU KELUAR PARTI: “KUKU BESI”, KRONISME ARISTOKRATIK AKAN MUSNAHKAN PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca ISU KELUAR PARTI: “KUKU BESI”, KRONISME ARISTOKRATIK AKAN MUSNAHKAN PPBM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/isu-keluar-parti-kuku-besi-kronisme.html
0 Response to "ISU KELUAR PARTI: “KUKU BESI”, KRONISME ARISTOKRATIK AKAN MUSNAHKAN PPBM"
Posting Komentar