Judul : Berita Yang Ingin Kita Dengari
link : Berita Yang Ingin Kita Dengari
Berita Yang Ingin Kita Dengari
Datuk Seri Najib Razak dijangka akan hadir sekali lagi untuk memberi keterangan kepada polis esok.
Menurut sumber bekas presiden Umno dan perdana menteri Malaysia itu akan datang ke Menara 238 di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
"Ya beliau akan datang sekali lagi esok untuk menyambung siasatan pada Isnin lalu," katanya.
Najib pada 27 Ogos lalu memberikan keterangan kepada Polis Diraja Malaysia mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001.
Beliau menghabiskan masa kira-kira sejam untuk memberikan keterangannya.
Sementara itu satu sumber yang dekat dengan Najib memberitahu, pada Isnin lalu polis menyoal siasat ketua Umno Pekan terbabit berhubung sejumlah transaksi kewangan melibatkannya.
Kata sumber itu antara transaksi ditanya pegawai penyiasat ialah yang berlaku seawal 2011.
"Ada soalan mengenai transaksi yang berlaku pada 2011.
"Mengapa polis mahu bertanya mengenai cek-cek yang ada kaitan dengan kejadian pada 2011? Semua itu tak ada kaitan dengan 1MDB," katanya.
Apabila disemak semula kata sumber itu didapati sesetengah cek yang ditanyakan itu diberi kepada syarikat yang membekalkan khemah serta katering untuk majlis anjuran Umno di Pekan pada tahun berkenaan.
Awal bulan ini Najib didakwa atas tiga tuduhan mengubah wang haram mengikut Amla 2001, selain empat tuduhan pindaan lain.
Ia berkaitan dana berjumlah RM42 juta dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd, yang ditemui dalam akaun persendiriannya. - malaysiakini
Iklan
Berita Yang Ingin Kita Dengari
Sekianlah artikel Berita Yang Ingin Kita Dengari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Berita Yang Ingin Kita Dengari linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/08/berita-yang-ingin-kita-dengari.html
0 Response to "Berita Yang Ingin Kita Dengari"
Posting Komentar