Zambry ikrar pertahan institusi kesultanan Perak

Zambry ikrar pertahan institusi kesultanan Perak - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zambry ikrar pertahan institusi kesultanan Perak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zambry ikrar pertahan institusi kesultanan Perak
link : Zambry ikrar pertahan institusi kesultanan Perak

Baca juga


Zambry ikrar pertahan institusi kesultanan Perak

Menteri Besar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir berikrar mempertahankan institusi pemerintahan kesultanan di Perak dari cubaan pihak tertentu  memperlekehkannya selagi hayat masih dikandung badan.

Beliau mendedahkan  bahawa negeri ini (dan negara kini) dibayangi usaha pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan pelbagai dakyah kerana  dianggapnya  mereka ini “kemaruk kuasa.”       

Justeru Dr.Zambry berkata kerajaannya terpanggil menzahirkan secara tuntas, akan iltizam pentadbiran  serta seluruh jajarannya, untuk mempertahankan kemuliaan, pemerintahan Perak Darul Ridzuan yang bersultan.

Kepada sebab ikrar ini dilafazkan di hadapan baginda, Menteri Besar berkata  ini kerana “telah wujud unsur dan dakyah, yang mula memperlekehkan keutuhan institusi kesultanan. Cercaan dan  penghinaan yang dibuat terhadap institusi ini, diwarnai dan dibayangi oleh kemaruk siasah yang melampau.

“Laku yang sedemikian, dapatlah ditafsir sebagai cubaan untuk memakzulkan raja-raja daripada pemerintahan. Selagi hayat dikandung badan, selagi waad kesetiaan kemas digenggam, selagi syarak menjadi sandaran, pemerintahan Perak Darul Ridzuan di bawah  payung Paduka Seri Sultan akan terus dipertahankan, sesuai dengan pegangan “NEGERI BERSULTAN, RAKYAT BERAJA”.

Dr.Zambry berkata demikian ketika berucap di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena hari keputeraan baginda dan majlis penganugerahan darjah kebesaran di Istana Iskandariah,Kuala Kangsar pada Ahad.

Kepada kejayaan pentadbirannya membawa perubahan dari segi pembangunan fisikal, Menteri Besar berkata “ia adalah cerminan mantapnya kesalingan hubungan pemerintahan Ke Bawah Duli Tuanku dan pentadbiran negeri yang digalas di bahu patik.

Menteri Besar berkata baginda sering menyentuh dhamir rakyat daripada segenap latar kehidupan, memperlihatkan besarnya peranan institusi kesultanan dalam menata kehidupan rakyat.

“ Ini mengimbau khazanah dan tradisi kesultanan Melayu Islam, dalam menjelmakan pemikiran dan karya agung, yang membentuk ketamadunan serta peradaban.

Lebih terkesan katanya, kini umum telah menerima, betapa mutiara titah dan nukilan baginda yang dirakamkan dalam buku dan pelbagai makalah serta penerbitan, adalah penerusan tradisi peranan institusi istana, dalam penataan peradaban negara bangsa, tatkala berhadapan dengan liku dan rencamnya cabaran semasa.

Dalam ucapan itu, beliau juga turut “memohon maaf” kepada baginda kerana “sebagai insan biasa yang tidak terlepas daripada kelemahan diri,... andai ada terkhilaf tingkah dan terkurang sempurna mengurus negeri, sepanjang patik menggalas amanah sebagai Memanda Menteri Besar .”

Beliau berharap negeri Perak dibawah  pemerintahan baginda dianugerahi Allah nikmat ,aman dan sentosa, dilimpahi rezeki lantaran ketaqwaan kepada-Nya jua, seperti mana doa Nabi Allah Ibrahim buat Kota Makkah:

Dalam ucapan itu,Menteri Besar berkata pihaknya sentiasa meletakkan keutamaan, agar wujud keseimbangan dalam pembangunan bahkan dalam konteks ini pembangunan ikthisas berjalan seiring dengan pertumbuhan negeri pada kadar 4.1peratus, bagi tahun 2016.

Katanya kerajaan negeri berjaya menunaikan janji menyediakan perumahan rakyat melalui pembinaan lebih 40,000 unit rumah mampu milik.

Mengenai peluang pekerjaan di negeri ini, beliau berkata pada masa ini lebih 50,000 anak negeri beroleh peluang pekerjaan, melalui program pemadanan kerja Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA).

“ Yayasan Bina Upaya terus gigih mendayakan kudrat, membantu rakyat dan golongan berpendapatan rendah, yang telah memanfaatkan lebih setengah juta penerima bantuan dan perkhidmatan yang disediakan.

“Permukiman Daerah Menteri Besar yang merupakan pendekatan turun padang, bagi mendengar denyut nadi rakyat, telah menyantuni ratusan ribu orang.

“Wadah permukiman ini menjadikan Perak satu-satunya negeri, yang membawa pentadbiran berada di tengah khalayak, bagi menyelami permasalahan dan menawarkan penyelesaian, di setiap pelusuk daerah, mukim dan kampung, penempatan Orang Asli dan taman-taman perumahan.”

Katanya lebih manis lagi apabila perakuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia Negeri Perak (SPRM), bahawa program ini semakin meningkatkan kecekapan penyampaian kerajaan, memperkasakan integriti dan menghakis barah rasuah.

Mengenai pembangunan modal insan Menteri Besar menjelaskan seramai 104 ribu anak negeri daripada kalangan keluarga, yang berpendapatan sederhana dan rendah, telah dibantu melalui dermasiswa (one off) melanjutkan pelajaran, bermula di peringkat persijilan hinggalah perijazahan.

Dr.Zambry turut menyentoh sektor pelancongan dan teruja portal pengembaraan dunia Lonely Planet, buat kali keduanya meletakkan Perak antara 10 wilayah terkemuka dunia, untuk dilawati pada tahun 2017 dan Ipoh ditempat keenam sebagai destinasi menarik di Asia.

Selain dari itu katanya Perak turut mencatatkan kehadiran pelancong domestik yang tertinggi di Malaysia bagi tempoh empat tahun berturut-turut.

“Majlis Bandaraya Ipoh pula, muncul sebagai Pihak Berkuasa Tempatan terbaik di Malaysia dan Majlis Perbandaran Manjung di kedudukan kesembilan. Pengiktirafan juga diberikan kepada Negeri Perak, sebagai negeri yang kedua terbersih di Malaysia.

“Pertama kali juga dalam sejarah pentadbiran negeri ini, apabila 15 daripada 20 agensi negeri dikurniakan taraf lima bintang, iaitu tahap kecekapan pentadbiran
tertinggi dalam perkhidmatan awam,”katanya.

Bercakap mengenai Pangkor Dialogue, beliau berkata program ini telah mendapat pengiktirafan  Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP), sebagai antara forum yang membicarakan United Nation Sustainable Development Goals (SDG United Nation) di dunia.

“Pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan rakyat pula digarap melalui Festival of Ideas, bagi meraikan pelbagai saranan dan pemikiran yang dapat sama-sama membantu kerajaan mentadbir watan. Inisiatif ini mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Records, kerana berjaya menganjurkan 70 program dan mengumpulkan 10,000 idea dalam tempoh masa empat hari.”

Bahkan katanya penganjuran Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor (PULARA) turut meletakkan Perak dalam peta kegiatan seni budaya dunia, sehingga mendapat pengiktirafan World Congress of Poet.


Zambry ikrar pertahan institusi kesultanan Perak

Sekianlah artikel Zambry ikrar pertahan institusi kesultanan Perak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Zambry ikrar pertahan institusi kesultanan Perak linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/zambry-ikrar-pertahan-institusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zambry ikrar pertahan institusi kesultanan Perak"

Posting Komentar