NURUL IZZAH JANGAN HANYA PANDAI POLITIK SAHAJA

NURUL IZZAH JANGAN HANYA PANDAI POLITIK SAHAJA - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NURUL IZZAH JANGAN HANYA PANDAI POLITIK SAHAJA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NURUL IZZAH JANGAN HANYA PANDAI POLITIK SAHAJA
link : NURUL IZZAH JANGAN HANYA PANDAI POLITIK SAHAJA

Baca juga


NURUL IZZAH JANGAN HANYA PANDAI POLITIK SAHAJA

Jangan hanya pandai berpolitik hingga tidak mengendahkan permasalahan utama umat Islam Melayu dalam kawasan masing-masing khususnya melibatkan isu perobohan surau kerana kerakusan pembangunan.

Demikian kata Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah sambil menegaskan permasalahan itu perlu ditangani semua pihak, sama ada wakil rakyat mahupun pemimpin kawasan yang lain.

“Nurul Izzah Anwar jangan hanya jadi ahli Parlimen yang pandai berpolitik saja, berpolitik bukan untuk kepentingan rakyat, berpolitiklah untuk kepentingan rakyat seperti kes ini.

“Saya minta beliau ini turun cepat, kalau boleh pemimpin Barisan Nasional yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin juga kena tengok perkara ini,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan Menara Korporat UOA Development, Bangsar, di sini, hari ini.

Terdahulu Azwanddin bersama dua yang lain menyerahkan memorandum kepada pengurusan tertinggi UOA Development membantah perobohan Surau Balai Islam Kampung Kerinchi, Bangsar yang berusia lebih 50 tahun.

“Kita nak minta juga ketua-ketua kawasan yang ada pengaruh di sini tak kira dari mana datangnya kepartian kamu, tak kira warna apa, kamu harus ambil berat tentang permasalahan umat Melayu Islam dalam kawasan sedang membangun ini,” katanya.

Azwanddin berkata, beliau memberikan tempoh selama tujuh hari kepada pemaju untuk menyelesaikan tuntutan surau termasuk perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Mereka bukan tuntut hak individu tapi mereka tuntut hanya surau mereka sahaja, untuk jemaah mereka, mereka tak tuntut pun tanah dan rumah mereka atau hak individu,

“Hari ini kita telah beri tempoh seminggu untuk beliau berikan keputusan, perbincangan dengan DBKL segera dilakukan dan diberikan ketetapan kepada masyarakat yang hadir hari ini,” katanya.

Beliau juga mendakwa tuntutan penduduk berkenaan sudah berbulan-bulan lamanya namun pihak pemaju enggan melayan sebarang permintaan mereka sehinggalah NGO itu masuk campur.

“Saya datang hari ini bukan sekadar cari populariti tapi suara mereka ini sudah hampir berbulan-bulan datang nak jumpa pihak UOA dan minggu lepas baru kita dapat tahu, keputusan bagi bilik pun baru minggu lepas.

“Sebab dia tahu JMM nak datang, kita nak buat serahan memorandum, mereka kata okay kita bagi satu bilik. Sebelum ini mereka langsung tidak layan tuntutan penduduk di sini,” katanya. – MalaysiaGazette.


NURUL IZZAH JANGAN HANYA PANDAI POLITIK SAHAJA

Sekianlah artikel NURUL IZZAH JANGAN HANYA PANDAI POLITIK SAHAJA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca NURUL IZZAH JANGAN HANYA PANDAI POLITIK SAHAJA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/nurul-izzah-jangan-hanya-pandai-politik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "NURUL IZZAH JANGAN HANYA PANDAI POLITIK SAHAJA"

Posting Komentar