Tiada bantuan kerajaan Pusat: Guan Eng

Tiada bantuan kerajaan Pusat: Guan Eng - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada bantuan kerajaan Pusat: Guan Eng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada bantuan kerajaan Pusat: Guan Eng
link : Tiada bantuan kerajaan Pusat: Guan Eng

Baca juga


Tiada bantuan kerajaan Pusat: Guan Eng

GEORGETOWN: Kerajaan negeri, hari ini mendakwa kerajaan Pusat tidak menghulurkan sebarang bantuan kepada Pulau Pinang bagi mengatasi masalah banjir, termasuk bantuan kepada mangsa bencana.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata sehingga kini belum ada sebarang pengumuman bantuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selepas lawatan beliau ke Pulau Pinang pada 7 November lalu.

"Selepas kunjungan beliau, beliau langsung tidak umumkan apa-apa untuk rakyat, baik dari segi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa III Lembangan Sungai Pinang, mahu pun bantuan secara langsung kepada mangsa banjir.

"Saya harap beliau dapat umum secepat mungkin kerana setakat ini, belum ada sebarang bantuan (daripada kerajaan Pusat) kepada Pulau Pinang. Kita semua masih tunggu," katanya pada sidang media di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Kenyataan Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Air Putih itu seolah-olah menafikan bantuan yang dihulurkan Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) kepada mangsa bencana sepanjang minggu lalu.

Sabtu lalu, Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya mengagihkan 60 kontena bantuan kepada mangsa banjir Pulau Pinang, seperti yang diarahkan Najib, yang juga Penaung kelab berkenaan.

Antara sumbangan yang diserahkan ialah tilam, bantal, susu bayi dan kit penjagaan kebersihan yang diagihkan secara berperingkat-peringkat bermula 8 November lalu.

Sumber: Berita Harian


Tiada bantuan kerajaan Pusat: Guan Eng

Sekianlah artikel Tiada bantuan kerajaan Pusat: Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tiada bantuan kerajaan Pusat: Guan Eng linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/tiada-bantuan-kerajaan-pusat-guan-eng.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiada bantuan kerajaan Pusat: Guan Eng"

Posting Komentar