Satu Undi Kepada Pembangkang Ibarat Perjudikan Ketidaktentuan Negara

Satu Undi Kepada Pembangkang Ibarat Perjudikan Ketidaktentuan Negara - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Satu Undi Kepada Pembangkang Ibarat Perjudikan Ketidaktentuan Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Satu Undi Kepada Pembangkang Ibarat Perjudikan Ketidaktentuan Negara
link : Satu Undi Kepada Pembangkang Ibarat Perjudikan Ketidaktentuan Negara

Baca juga


Satu Undi Kepada Pembangkang Ibarat Perjudikan Ketidaktentuan Negara

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak berkata, rakyat harus sedar bahawa memberikan satu undi kepada pembangkang adalah bersamaan memecah satu undi kepada empat ideologi berlainan sekiranya Pakatan Harapan gagal didaftarkan di bawah satu logo.

Jelas beliau, adakah rakyat sanggup memperjudikan masa hadapan negara dan rakyat itu sendiri hanya kerana mahukan perubahan yang belum tentu pasti.

“Walaupun kesediaan pembangkang melantik Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dibuat umpama menelan ‘bara api’ di kalangan pemimpin pembangkang yang sebelum ini umum mengetahui Tun amat dibenci oleh pembangkang khususnya Dap, namun dalam usaha menjatuhkan kerajaan sediada maka mereka terpaksa bekerjasama biarpun menyedari bahawa pendaftaran Pakatan Harapan berkemungkinan terkubur.

“Biarpun tidak dimaklumkan atau dicapai secara konsenses mengenai pelan kontigensi seandainya dari sudut perundangan di bawah Akta Pendaftar Pertubuhan 1966, PPBM dan Dap dilarang bertanding menggunakan logo parti atas dasar kesilapan pentadbiran oleh kedua-dua parti berkenaan namum  nawaitu pihak pembangkang yang sedang memuncak hanyalah satu iaitu menjadikan kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya parti UMNO sebagai satu tinggalan sejarah selepas PRU-14.

“Sesungguhnya, inilah satu percaturan yang amat merbahaya serta menggelirukan lebih 13 juta pengundi,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Justeru, Rahmad mengingatkan BN dan UMNO agar  sama sekali tidak memandang remeh apabila konvensyen Pakatan Harapan menamakan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri walaupun hanya sementara.

“Meskipun Tun Mahathir bakal menjadi Perdana Menteri sementara selain sekadar dijadikan sebagai ‘umpan’ bagi mengamit sokongan pengundi dalam mendapatkan kuasa kepada pembangkang namun percaturan sebegini amat merbahaya dan tidak selamat jika UMNO dan BN masih mendabik dada serta memandang ringan terhadap jumlah 52 kerusi yang bakal ditandingi oleh PPBM di kawasan majoritinya pengundi Melayu yang selama ini menjadi kawasan selamat parti UMNO.

“Soal samada pelantikan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri agak ‘out dated’ atas faktor usia tidak timbul kerana yang menjadi hakim pada pilihan raya nanti adalah rakyat,” tegasnya. – MediaUMNO


Satu Undi Kepada Pembangkang Ibarat Perjudikan Ketidaktentuan Negara

Sekianlah artikel Satu Undi Kepada Pembangkang Ibarat Perjudikan Ketidaktentuan Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Satu Undi Kepada Pembangkang Ibarat Perjudikan Ketidaktentuan Negara linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/satu-undi-kepada-pembangkang-ibarat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Satu Undi Kepada Pembangkang Ibarat Perjudikan Ketidaktentuan Negara"

Posting Komentar