Saifuddin usah tonjol kelemahan minda sendiri - Mohd Fazil

Saifuddin usah tonjol kelemahan minda sendiri - Mohd Fazil - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saifuddin usah tonjol kelemahan minda sendiri - Mohd Fazil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saifuddin usah tonjol kelemahan minda sendiri - Mohd Fazil
link : Saifuddin usah tonjol kelemahan minda sendiri - Mohd Fazil

Baca juga


Saifuddin usah tonjol kelemahan minda sendiri - Mohd Fazil

Kelantangan Saifuddin membangkitkan tentang isu banjir di Kulim Bandar Baharu seolah-olah menempelak dirinya semula berikutan kegagalan mereka sendiri yang gagal menghadapi situasi banjir besar sebelum ini.

KUALA LUMPUR: Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Saifudin Nasution Ismail diingatkan supaya lebih bersikap realistik dengan menggunakan kedudukannya untuk mencari penyelesaian terhadap masalah banjir yang melanda negeri itu.

Ketua Penerangan UMNO Kulim Bandar Baharu Mohd Fazil Amir Hamzah berkata, dengan jawatan disandangnya itu, Saifuddin tidak sewajarnya menunjukkan kelemahan fikirannya dengan menggunakan politik murahan untuk mempengaruhi pengundi di Parlimen Kulim Bandar Baharu iaitu kerusi yang pernah diwakilinya satu ketika dulu.

"Kelantangan Saifuddin membangkitkan tentang isu banjir di Kulim Bandar Baharu seolah-olah menempelak dirinya semula berikutan kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri yang gagal menghadapi situasi banjir besar yang melanda negeri itu tempoh hari.
"Jangan sekadar gah pada kedudukan pangkat sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri sahaja tetapi tiada apa-apa kejayaan dibawa.

"Inilah ciri-ciri orang tidak tahu bersyukur sehingga lupa siapa yang merayu dan memohon bantuan daripada kerajaan pusat ketika banjir di Pulau Pinang tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Jelasnya, sebagai Penasihat Strategik, Saifuddin harus sedar apa yang harus dilakukannya adalah untuk menasihati kerajaan negeri bagi mengelakkan kejadian banjir yang serupa berulang kembali dan bukannya asyik mencari kelemahan orang lain.

Saifuddin pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu telah jelas ditolak masyarakat di Kulim Bandar Baharu dan kini dilihat cuba menjadi hero yang tidak didendang dan diundang.
Tegas Mohd Fazil, ulasan Saifuddin mengenai situasi banjir di Pulau Pinang juga, diibaratkan sebagai meludah ke langit dan terkena muka sendiri.

"Banjir yang menjejaskan ratusan penduduk negeri itu, membuktikan kegagalan kerajaan negeri dalam merangka pembangunan negeri secara mapan.

"Selesaikan dahulu isu banjir di Pulau Pinang. Kasihan penduduk Pulau Pinang selalu ditindas dengan permainan politik mereka yang asyik menyalahkan orang.
"Jawatan Penasihat Strategik macam tiada fungsi. Kalau betul hendak berpolitik, politik secara matang bukannya politik bermusim seperti sekarang," katanya.

Sebelum ini, hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat yang turut menumbangkan puluhan pokok.Kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri itu juga telah meragut tujuh nyawa.


Saifuddin usah tonjol kelemahan minda sendiri - Mohd Fazil

Sekianlah artikel Saifuddin usah tonjol kelemahan minda sendiri - Mohd Fazil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Saifuddin usah tonjol kelemahan minda sendiri - Mohd Fazil linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/saifuddin-usah-tonjol-kelemahan-minda_29.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saifuddin usah tonjol kelemahan minda sendiri - Mohd Fazil"

Posting Komentar