Judul : OTAK TUMPUL PUNCA WARGA EMAS GAGAL PERLEKEH BAJET 2018?
link : OTAK TUMPUL PUNCA WARGA EMAS GAGAL PERLEKEH BAJET 2018?
OTAK TUMPUL PUNCA WARGA EMAS GAGAL PERLEKEH BAJET 2018?
Seorang warga emas yang sebelum ini bersikap bongkak selepas dinasihatkan kembali ke tikar sejadah dilaporkan mendakwa kononnya Bajet 2018 yang dibentang Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak konon adalah untuk membuat rakyat lupa kepada isu 1MDB.
Dia berkata, bajet berkenaan adalah ‘gula-gula’ juga bertujuan untuk mempengaruhi rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU). Menariknya, dia mengakui bajet yang dibentang Najib adalah luar biasa, namun konon negara tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai belanjawan berkenaan.
Selaku bekas Perdana Menteri yang paling lama selama 22 tahun, dia telah mengepalai BN menghadapi PRU sebanyak lima kali. Dan dalam tempoh itu juga, Menteri Kewangan ketika itu membentang bajet pada setiap suku terakhir tahun.
Membentang bajet dalam tempoh suku akhir tahun sememangnya amalan biasa, bukan? Jadi, apa salahnya jika Najib bentang bajet dalam tempoh tersebut. Apakah kerana tidak lama lagi tempoh penggal pentadbiran bakal berakhir, maka warga emas itu mahu Najib menangguhkan pembentangan belanjawan negara? Najib tidak ‘nyanyuk’ seperti dia…
Apa salahnya jika Bajet 2018 itu sekiranya ia mencetus tanggapan sebagai ‘bajet pilihan raya’? Memang tidak lama lagi akan berlangsung PRU, apa salahnya memberi keyakinan kepada rakyat di negara ini tentang kemampuan BN mentadbir negara melalui bajet?
Namun apa yang jelas, warga emas itu sendiri secara tidak sedar mengakui bajet yang dibentang Najib itu sebagai luar biasa yang mengembirakan rakyat, bukan? Jika tidak, dia tidak akan sifatkan bajet tersebut sebagai ‘gula-gula’ berbanding ‘julap’!
Semasa dia menjadi Perdana Menteri dulu, pernah atau tidak belanjawan negara dibentang tanpa mengalami defisit? Boleh dikatakan hampir setiap tahun belanjawan yang dibentang itu berstatus defisit, bukan? Jadi, tak perlu disebut soal mampu biaya atau tidaklah…
Jika ditanya pada mana-mana pakar ekonomi, sudah menjadi kebiasaan bagi belanjawan negara membangun untuk membentang bajet defisit. Jika bajet itu tidak defisit, belanjawan tersebut tidak akan dilihat sebagai progresif dan agresif. Maksudnya, ia tidak bagus.
Soal lupa atau tidak pada isu 1MDB, itu tidak menjadi soal. 1MDB hanya menjadi isu kepada warga emas dan ‘macai-macai’nya yang taksub sahaja. Namun bagi rakyat yang rasional khususnya umat Islam, mereka dapat menghidu Sarawak Report yang menjadi sumber rujukan warga emas itu sebagai ‘fake news’ atau rekaan palsu bermotif politik semata-mata.
Setidak-tidaknya warga emas itu perlu bersyukur kerana sekurang-kurangnya kegembiraan rakyat terhadap Bajet 2018 ini lebih bermakna berbanding bajet-bajet mengkayakan ‘kroni’ dan ‘keluarga’ seperti yang berlaku di zaman ‘diktator’ dahulu.
Namun begitu, warga emas itu jangan ingat kegembiraan rakyat itu akan membuat mereka lupa pada semua skandal-skandal yang terpalit padanya sepanjang 22 tahun menjadi ‘kuku besi’ dulu. Mereka tidak mudah lupa dan takkan lupa…
Rakyat masih ingat dakwaan Barry Wain yang gagal disanggah segala fakta dan hujah yang dikemukakan dalam ‘The Malaysian Maverick’ sehinggalah penulis buku itu meninggal dunia. Begitu juga dengan skandal-skandal seperti Maminco, MAS, Perwaja Steel, Bakun, Forex, krisis-krisis perlembagaan dan sebagainya. Perlukah disenaraikan semua?
Sesebuah bajet itu bukan diukur dari sudut betapa besarnya jangkaan jumlah belanjawan negara yang dibentang. Sebaliknya, ia diukur dalam pelbagai aspek termasuk realistik berdasarkan kemampuan, mampu memperkukuhkan ekonomi negara dan memakmurkan ekonomi rakyat.
Ia adalah cerminan kepada makro dan mikro ekonomi semua pihak bermula dari kerajaan hinggalah kepada para petani di negara ini. Ia juga bakal menentukan tumpuan kerajaan terhadap sektor tertentu yang diberikan fokus pada tahun hadapan.
Penulis melihat, apabila Bajet 2018 yang dibentang Najib tempohari diperlekehkan oleh ahli politik pembangkang, itu tidak memberi sebarang kesan kerana mereka tidak memiliki kredibiliti yang signifikan untuk menganalisa belanjawan secara adil dan lebih bersifat hanya bermotifkan politik tidak matang.
Berbanding analisa dan pandangan pakar-pakar ekonomi, tokoh-tokoh perbankan dan akademik dalam jurusan ekonomi, penulis melihat pandangan mereka lebih berkredibiliti dan signifikan adilnya. Ia adalah kerana pandangan mereka dibuat berdasarkan ilmu, pengalaman, fakta dan hujah ekonomi yang relevan tanpa sebarang kepentingan lain.
Justeru pandangan positif dan kegembiraan majoriti pakar-pakar ekonomi, perbankan dan ahli akademik terhadap Bajet 2018 yang dibentang Perdana Menteri baru-baru ini, maka penulis berpandangan bahawa ‘analisa poyo’ warga emas serta konco-konconya itu lebih wajar ‘dibakul sampahkan’ sahaja.
Makin lama, apa yang terbit dari mulutnya lebih kurang sama ‘level’ dengan apa yang keluar dari mulut Dato’ Mahfuz Omar. Semakin hilang IQ? Oleh itu, buat kesekian kalinya penulis menyarankan supaya warga emas itu makan ‘kismis minda’ untuk menajamkan kembali pemikirannya yang ternyata sudah tumpul. Jika tidak tajam juga, kembalilah ke ‘tikar sejadah’ dan bersedialah untuk bertemu denganNya. Pilihlah yang terbaik…

Sekianlah artikel OTAK TUMPUL PUNCA WARGA EMAS GAGAL PERLEKEH BAJET 2018? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca OTAK TUMPUL PUNCA WARGA EMAS GAGAL PERLEKEH BAJET 2018? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/otak-tumpul-punca-warga-emas-gagal.html
0 Response to "OTAK TUMPUL PUNCA WARGA EMAS GAGAL PERLEKEH BAJET 2018?"
Posting Komentar