Judul : Khairy buka cerita pasal gambar lama Dr Mahathir…
link : Khairy buka cerita pasal gambar lama Dr Mahathir…
Khairy buka cerita pasal gambar lama Dr Mahathir…
Taktik seperti ini selalu berlaku.Gambar lama dikitar semula di media sosial untuk cetus simpati segala macam.
Pada Sabtu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membangkitkan mengenai gambar dua individu dipercayai bekas pengawal peribadinya dari Unit Tindakan Khas (UTK) memeluk Tun Dr Mahathir Mohamad.
Gambar itu dikaitkan dengan dengan langkah kerajaan menarik balik khidmat keselamatan ke atas Pengerusi PPBM itu.
Sebaliknya menurut Khairy gambar berkenaan dirakamkan tahun lalu.
“Kita perlu kecam berita palsu seperti ini dan kita mesti tunjuk ia sebagai contoh,” katanya pada Konvensyen Media Sosial UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Sabtu.
Pada masa sama, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan mengesa Biro IT UMNO untuk bertindak lebih proaktif memastikan kesahihan gambar itu kerana boleh menjejaskan imej kerajaan BN.
“Dari mana sumber berita ini? Sedangkan gambar itu dari tahun lepas yang tiada kena mengena dengan UTK tetapi tiada siapa tanya ini sumber mana, gambar juga tiada tarikh,” katanya.
Dalam kontek perang siber sekarang,Ketua Pemuda UMNO itu berkata jentera UMNO di seluruh negara perlu bertindak segera dan bijak dalam memberi respons terhadap sesuatu isu atau kritikan dalam media sosial.
Katanya ini berikutan maklumat dalam media sosial disalurkan begitu pantas menyebabkan masyarakat yang aktif menggunakan media sosial mengetahui sesuatu isu dengan serta merta, tanpa mengambil kira sama ada ia benar atau tidak.
"Hari ini media sosial is live' (bersiaran secara langsung). Kita ada maksimum empat jam sahaja untuk memberi respons kepada sesuatu isu. Kalau tidak, isu itu akan dapat naratif yang lain atau diletakkan dalam sudut pandangan berbeza oleh musuh kita.
"Apabila kita nak kejar semula untuk perbetulkan persepsi tersebut, sudah terlambat kerana orang sudah baca dan pindah kepada isu yang baharu. Kita juga akan ketinggalan dan tewas dalam isu tersebut," katanya.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan turut menasihatkan jentera UMNO agar bertenang apabila berhadapan sesuatu isu berbangkit dan melawan semula kritikan itu dengan fakta yang sahih untuk mengekalkan kewibawaan parti.
"Sekiranya mahu melakukan 'serangan' kepada pihak lawan di media sosial, kita mesti berfikiran rasional dan bercakap berasaskan fakta kerana jawapan yang dikeluarkan itu akan digunakan semula kepada kita nanti," katanya.
Khairy turut mengingatkan jentera parti agar tidak menggunakan media sosial sebagai alat serangan peribadi kepada pihak lawan kerana dikhuatiri mengundang simpati orang ramai terhadap pihak tersebut.
Dalam menyampaikan mesej berkaitan parti dan kerajaan pula, beliau berkata anggota UMNO yang aktif di laman sosial perlu lebih informatif dan kreatif selain menerapkan unsur jenaka supaya lebih berkesan di hati masyarakat.

Sekianlah artikel Khairy buka cerita pasal gambar lama Dr Mahathir… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Khairy buka cerita pasal gambar lama Dr Mahathir… linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/khairy-buka-cerita-pasal-gambar-lama-dr.html
0 Response to "Khairy buka cerita pasal gambar lama Dr Mahathir…"
Posting Komentar