14 Remaja Bawah Umur, Di Tahan "Positif Dadah" Di Pusat Hiburan !

14 Remaja Bawah Umur, Di Tahan "Positif Dadah" Di Pusat Hiburan ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 14 Remaja Bawah Umur, Di Tahan "Positif Dadah" Di Pusat Hiburan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 14 Remaja Bawah Umur, Di Tahan "Positif Dadah" Di Pusat Hiburan !
link : 14 Remaja Bawah Umur, Di Tahan "Positif Dadah" Di Pusat Hiburan !

Baca juga


14 Remaja Bawah Umur, Di Tahan "Positif Dadah" Di Pusat Hiburan !


KUALA LUMPUR: Seramai 14 remaja bawah umur adalah antara 87 individu ditahan selepas dipercayai positif dadah dalam serbuan dilakukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu awal pagi Sabtu.

Timbalan Komander Sting Bukit Aman, SAC Arjunaidi Mohamed berkata dari jumlah itu, seramai lapan remaja berusia 16 sehingga 18 tahun manakala enam lagi berusia di bawah 16 tahun ditahan dalam Operasi Pusat Hiburan yang dilakukan bermula pukul 2.15 pagi sehingga 7.00 pagi tadi.

Beliau berkata pihaknya turut menahan tujuh lelaki dan tiga wanita warga asing daripada 29 wanita dan 58 lelaki yang ditahan atas kesalahan yang sama.

"Polis telah melakukan pemeriksaan ke atas 158 orang yang berada di premis berkenaan dan saringan awal yang dijalankan ke atas 150 orang mendapati 87 daripada mereka positif dadah," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Arjunaidi berkata pihaknya turut merampas beberapa jenis dadah termasuk 48 biji Eramine 5, 60 biji Ecstacy dan dua gram Ketamin.

Kes didiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (2), Seksyen 39A (1), Seksyen 12 (2) akta yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun twitter beliau mengucapkan syabas atas kejayaan pasukan STING terbabit.

"Syabas STING @PDRMsia, pagi tadi, serbu pusat hiburan di Jln Pudu, KL. Tkap 87 org +tive dadah dan rampas dadah #GoPDRMGo," katanya. #sumber


14 Remaja Bawah Umur, Di Tahan "Positif Dadah" Di Pusat Hiburan !

Sekianlah artikel 14 Remaja Bawah Umur, Di Tahan "Positif Dadah" Di Pusat Hiburan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca 14 Remaja Bawah Umur, Di Tahan "Positif Dadah" Di Pusat Hiburan ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/14-remaja-bawah-umur-di-tahan-positif.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "14 Remaja Bawah Umur, Di Tahan "Positif Dadah" Di Pusat Hiburan !"

Posting Komentar