Isu Pulau Batu Putih, Sultan Johor Sokong

Isu Pulau Batu Putih, Sultan Johor Sokong - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Pulau Batu Putih, Sultan Johor Sokong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Pulau Batu Putih, Sultan Johor Sokong
link : Isu Pulau Batu Putih, Sultan Johor Sokong

Baca juga


Isu Pulau Batu Putih, Sultan Johor Sokong

Isu Pulau Batu Putih, Sultan Johor Sokong. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menyokong penuh tindakan Malaysia mengemukakan permohonan semakan semula penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Baginda yang mahu kedua-dua negara menghormatinya, turut meminta rakyat Johor berdoa agar keputusan ICJ akan bertukar dan memihak kepada Johor berdasarkan bukti baharu yang ditemui.

Isu Pulau Batu Putih, Sultan Johor Sokong. Sultan Johor juga menyatakan Singapura boleh bekerjasama meneruskan pentadbiran di Batu Puteh, walaupun jika keputusan itu memihak kepada Malaysia.

"Keputusan ICJ akan datang, jika ia berpihak kepada Johor, kita boleh lagi bekerjasama dengan Singapura... Johor boleh lagi bekerjasama dengan Singapura untuk mentadbirkan Rumah Api Horsburgh (di Batu Puteh). Tiada masalah pada saya.

"Contohnya Pulau Pisang, kita ada perjanjian itu selagi ada matahari dan ada bintang, ia tidak boleh dibatal. Singapura terang-terangan kata ia bukan hak dia, bukan tanah dia. Itu milik Johor, ia cuma mentadbir sahaja. Sebab dah masuk negeri Johor di Pulau Pisang, dia tidak boleh masuk ikut bot, kena masuk melalui Imigresen," titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam pada pertemuan bersama Kumpulan Media Prima sempena Hari Keputeraan baginda ke-59, di Istana Pasir Pelangi, dekat sini.


Isu Pulau Batu Putih, Sultan Johor Sokong


Fail semakan semula tuntutan

Malaysia memfailkan semakan semula tuntutan itu pada Februari lalu selepas menemui bukti baharu dalam tiga dokumen di Perpustakaan Negara United Kingdom, pada Ogos tahun lalu.

Berlandaskan tiga bukti baharu itu, besar kemungkinan ICJ akan membuat keputusan memihak kepada Malaysia dan Singapura bukan sahaja akan kehilangan Batu Puteh, malah Tubir Selatan dan Batuan Tengah.

ICJ pada 23 Mei 2008 memutuskan Singapura berhak terhadap kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Sultan Ibrahim bertitah, isu hak milik dan mentadbir adalah dua perkara berbeza yang membabitkan Batu Puteh untuk menjaga kepentingan laluan kapal demi keselamatan.

"Kalau kes ini berat pihak Johor, saya tidak ada halangan Singapura mahu mentadbir Batu Puteh, tetapi jika keputusan ICJ mengatakan itu Johor punya, Singapura mesti terima iaitu Batu Puteh hak milik Johor," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah mungkin perjanjian baharu boleh dibuat dan berbincang dengan Singapura untuk mentadbir Batu Puteh demi kebaikan pemanduan arah (navigation).

"Itu saya rasa perkara kecil. Yang tuntutan tu hak, mentadbir itu tidak sebut lagi, siapa nak mentadbir. Yang kita mahu memang selama-lama Batu Puteh itu memang (hak) Johor. Itu kedaulatan negeri Johor," titah baginda.

Isu Pulau Batu Putih, Sultan Johor Sokong


Pada masa sama Sultan Ibrahim bertitah bahawa hubungan Johor dengan Singapura amat baik dan baginda sendiri rapat dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan tidak mempunyai sebarang masalah.

"Saya tiada masalah dengan beliau (Hsien Loong) kerana Johor dengan Singapura daripada dahulu lagi, ...bukan baru ini, kita memang sahabat dan jiran.

Hubungan Johor, Singapura baik

"Hubungan Johor dan Singapura memang baik daripada dahulu dan saya tidak pernah berbual dengan Perdana Menteri Singapura mengenai isu sensitif. Itu biarlah antara kerajaan," titah baginda.

Baru-baru ini, Hsien Loong, ketika berucap pada Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP), berkata tuntutan semula Malaysia ke atas Batu Puteh mungkin ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum (PRU).

Isu Pulau Batu Putih, Sultan Johor Sokong.  Susulan itu, Pemuda UMNO menyerahkan memorandum bantahan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi republik itu di ibu negara dan menuntut Hsien Loong tidak memperlekehkan tindakan Malaysia. - bh





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






Isu Pulau Batu Putih, Sultan Johor Sokong

Sekianlah artikel Isu Pulau Batu Putih, Sultan Johor Sokong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Isu Pulau Batu Putih, Sultan Johor Sokong linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/isu-pulau-batu-putih-sultan-johor-sokong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Pulau Batu Putih, Sultan Johor Sokong"

Posting Komentar