Ismail: Jangan Politikkan Bantuan Ribut Kepada Mangsa Di Kuala Sentul

Ismail: Jangan Politikkan Bantuan Ribut Kepada Mangsa Di Kuala Sentul - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ismail: Jangan Politikkan Bantuan Ribut Kepada Mangsa Di Kuala Sentul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ismail: Jangan Politikkan Bantuan Ribut Kepada Mangsa Di Kuala Sentul
link : Ismail: Jangan Politikkan Bantuan Ribut Kepada Mangsa Di Kuala Sentul

Baca juga


Ismail: Jangan Politikkan Bantuan Ribut Kepada Mangsa Di Kuala Sentul


MARAN: Orang ramai diminta supaya tidak mempolitikkan pemberian bantuan dan sumbangan kepada mangsa ribut Kuala Sentul, baru-baru ini, sebaliknya bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang terlibat.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, sepatutnya semua pihak tanpa mengira agama dan fahaman politik bersama-sama tampil memberi bantuan yang termampu bagi meringankan beban ditanggung mangsa ribut.

Katanya, tidak sesuai menyalahkan, memburukkan atau menampakkan kelemahan mana-mana pihak semasa berada dalam keadaan terdesak termasuk ketika sesebuah kawasan dilanda bencana seperti kejadian ribut baru-baru ini.

"Tidak sesuai menuding jari dan mencari kesilapan pihak yang menghulurkan bantuan. Bahkan ada pihak memperlekehkan bantuan diberikan kerajaan dengan mengatakan ia tidak setimpal dengan kerugian dialami mangsa ribut.

"Sepatutnya dalam apa juga kejadian yang menimpa penduduk, kita perlu tampil memberikan apa juga bentuk bantuan dan sumbangan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, sikap menuding jari dan mempolitikkan pemberian bantuan tidak seharusnya berlaku sedangkan pihak yang mempertikaikan perkara itu sekadar berpeluk tubuh dan tidak memberikan sebarang bantuan atau sumbangan.

Menurutnya, kerajaan tidak akan membiarkan rakyat terutamanya mangsa ribut atau bencana lain dan akan menghulurkan bantuan, termasuk mempertimbangkan bantuan membina rumah baharu secepat mungkin sekiranya berlaku kemusnahan kediaman akibat bencana.

"Bantuan diberikan oleh kerajaan serta wakil rakyat adalah berpandukan senarai didaftarkan melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya. #sumber



Ismail: Jangan Politikkan Bantuan Ribut Kepada Mangsa Di Kuala Sentul

Sekianlah artikel Ismail: Jangan Politikkan Bantuan Ribut Kepada Mangsa Di Kuala Sentul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Ismail: Jangan Politikkan Bantuan Ribut Kepada Mangsa Di Kuala Sentul linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/ismail-jangan-politikkan-bantuan-ribut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ismail: Jangan Politikkan Bantuan Ribut Kepada Mangsa Di Kuala Sentul"

Posting Komentar