Judul : Fadillah Yusof: Satu Lagi Jambatan Baharu Merentasi Sungai Kuantan
link : Fadillah Yusof: Satu Lagi Jambatan Baharu Merentasi Sungai Kuantan
Fadillah Yusof: Satu Lagi Jambatan Baharu Merentasi Sungai Kuantan
KUANTAN: Sebuah lagi jambatan baharu merentasi Sungai Kuantan bagi menghubungkan bandar Kuantan ke Bandar Putra, Tanjung Lumpur, di sini, yang melibatkan kos kira-kira RM181 juta akan dibina.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pembinaan jambatan kedua itu bagi mengurangkan kesesakan trafik yang sering berlaku susulan kebergantungan kepada jambatan sedia ada.
Menurutnya, jambatan yang dijadualkan siap sepenuhnya pada 14 Ogos 2019, akan bermula dengan pembinaan jalan dari persimpangan Jalan Pintas Bukit Setongkol dan Jalan Tanah Putih melalui sebahagian Jalan Sri Kemunting 2 seterusnya merentasi Sungai Kuantan dan berakhir di Tanjung Lumpur.
“Projek ini turut merangkumi kerja menaik taraf satu persimpangan T di Jalan Tanah Putih dan Jalan Pintas Bukit Setongkol kepada persimpangan lampu isyarat,” katanya.
Sementara itu, Tengku Abdullah berterima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana memberikan perhatian kepada pembangunan infrastruktur di negeri ini.
“Kita di negeri ini bertuah dan bersyukur terhadap komitmen dan fokus yang diberi perhatian terhadap pembangunan infrastruktur di sini.
“Saya masih ingat lagi, sekitar tahun 70an sebelum berpindah ke Kuantan ketika mengikuti ayahanda saya sempat menaiki feri merentasi Sungai Kuantan dan adakala hanyut juga kerana enjin rosak.
“Jika direnung kembali, saya rasa bersyukur sepanjang tempoh itu hingga sekarang, banyak nikmat dapat dirasai rakyat Pahang,” titahnya.
Tengku Abdullah turut menyuarakan kerunsingan baginda berhubung isu ketiadaan bekalan air yang masih berlaku di beberapa daerah di negeri ini.
“Saya tidak boleh terima kerana Pahang merupakan pengeksport air ke Selangor dan Kuala Lumpur, namun masalah air di negeri tetap berlaku dan kita tidak dapat atasi.
“Saya harap pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) lebih proaktif mencari jalan penyelesaian.
“Kalau duduk diam dan tidak mencari jalan penyelesaian, kita tidak akan diterima oleh rakyat....masalah ini menjadi keutamaan kepada saya,” titah baginda. #sumber
Fadillah Yusof: Satu Lagi Jambatan Baharu Merentasi Sungai Kuantan
Sekianlah artikel Fadillah Yusof: Satu Lagi Jambatan Baharu Merentasi Sungai Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Fadillah Yusof: Satu Lagi Jambatan Baharu Merentasi Sungai Kuantan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/fadillah-yusof-satu-lagi-jambatan.html
0 Response to "Fadillah Yusof: Satu Lagi Jambatan Baharu Merentasi Sungai Kuantan"
Posting Komentar