Judul : Rumah Shafie digeledah
link : Rumah Shafie digeledah
Rumah Shafie digeledah
ANTARAPOSKOTA KINABALU: Kediaman Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal hari ini digeledah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dibawa keluar dari hospital pada jam 3 petang tadi.
Perkara itu disahkan peguamnya, Norazmi Minhat.
Shafie dibawa keluar dari Hospital Queen Elizabeth II dan diiring ke kediamannya di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu untuk diperiksa oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas menteri itu juga akan dibawa ke ibu pejabat SPRM di Kota Kinabalu untuk disambung soal siasat.
“Dia keluar (hospital) dalam jam tiga tadi, dan dibawa ke rumahnya untuk digeledah dan diperiksa.
"Selepas itu dia akan dibawa ke lokap SPRM di Mini Putrajaya,” kata Norazmi memetik The Malaysian Insight
Shafie direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung projek pembangunan RM1.5 bilion yang pernah dikendalikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar.
Shafie bagaimanapun ditahan di hospital atas kebenaran kerana masih menjalani rawatan akibat tekanan darah tinggi, sejak ditangkap oleh SPRM pada Khamis malam.
Rumah Shafie digeledah
Sekianlah artikel Rumah Shafie digeledah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Rumah Shafie digeledah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/rumah-shafie-digeledah.html
0 Response to "Rumah Shafie digeledah"
Posting Komentar