MAHATHIR JUGA GUNAKAN ORANG MELAYU UNTUK HANCURKAN ORANG MELAYU

MAHATHIR JUGA GUNAKAN ORANG MELAYU UNTUK HANCURKAN ORANG MELAYU - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHATHIR JUGA GUNAKAN ORANG MELAYU UNTUK HANCURKAN ORANG MELAYU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHATHIR JUGA GUNAKAN ORANG MELAYU UNTUK HANCURKAN ORANG MELAYU
link : MAHATHIR JUGA GUNAKAN ORANG MELAYU UNTUK HANCURKAN ORANG MELAYU

Baca juga


MAHATHIR JUGA GUNAKAN ORANG MELAYU UNTUK HANCURKAN ORANG MELAYU

Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 1 Oktober 2017

Apabila PAS mengumpul 200,000 penyokong di Terengganu, Tun Dr Mahathir Mohamad merungut bahawa umat Islam tidak hidup sebagai Muslim – bererti umat Islam bukanlah umat Islam sejati. Itu mungkin sama untuk orang-orang Yahudi, Kristian, Hindu, Budha, dan sebagainya, tetapi itu akan dibincangkan pada masa yang lain. Hari ini kita akan membincangkan apa yang dikatakan Mahathir tentang umat Islam yang menyimpang.

Mahathir pernah berkata umat Islam tidak boleh menyimpan janggut dan bahawa satu-satunya sebab Nabi Muhammad S.A.W. menyimpan janggut adalah kerana mereka tidak mempunyai pisau cukur Gillette ketika itu. Itu sebenarnya adalah benar (bahawa tidak ada pisau cukur Gillette ketika itu) kerana syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1901 dan bukannya pada tahun 600. Namun demikian, adakah ini sebab mengapa umat Islam, termasuk Nabi, mempunyai janggut?

Lama sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W., orang-orang di Semenanjung Arab telah mengamalkan Haji. Oleh itu, Haji sebenarnya adalah amalan pra-Islam. Dan salah satu amalan adalah mencukur kepala. Jika orang Arab pada, katakan tahun 100, tidak ada alat cukur, bagaimana mereka mencukur kepala mereka? Mereka mampu mencukur kepalanya tetapi tidak dapat mencukur dagu mereka, menurut pemahaman Mahathir tentang kenapa umat Islam menyimpan janggut tetapi kepala mereka dicukur sehingga botak.

Apabila Mahathir bercakap, beliau hanya hentam sahaja dan apa yang dikatakannya bukanlah berdasarkan penyelidikan akademik. Mahathir sepatutnya membaca lebih lanjut atau mengambil kursus pendek selama tiga bulan di Oxford dan Cambridge mengenai Falsafah Agama, Falsafah Politik, Perbandingan Agama-agama, Agama-Agama Dunia, Sejarah Agama, dan sebagainya. Ini akan membuka fikirannya kepada kebenaran, kerana sekarang Mahathir mempunyai pandangan yang sangat sempit tentang ‘kebenaran’ dan padanya ‘kebenaran adalah seperti yang saya nampak’.

Mahathir berkata umat Islam hanya melakukan fardhu ain dan tidak benar-benar mengikut al-Quran. Kenyataan ini sendiri menunjukkan pemahaman Mahathir mengenai al-Quran. Fardhu ain adalah antara kamu dan Tuhan (Allah). Jika anda gagal melakukan fardhu ain anda telah berdosa terhadap Tuhan. Lebih penting daripada fardhu ain adalah fardhu kifayah. Jika anda gagal melakukan fardhu kifayah anda telah berdosa terhadap manusia.

Mari kita lihat contoh mudah untuk menunjukkan bagaimana ini berfungsi. Katakan anda adalah Perdana Menteri dan anda mempunyai kuasa politik. Tetapi semua bank di Malaysia tidak bersifat Islam, iaitu mereka mengenakan faedah ke atas pinjaman. Oleh itu setiap umat Islam di Malaysia yang meminjam wang perlu membayar faedah dan akan terlibat dalam dosa.

Anda sebagai Perdana Menteri boleh melakukan sesuatu mengenai perkara ini. Anda boleh menubuhkan bank Islam yang tidak mengenakan faedah tetapi bekerja berdasarkan kerjasama dan perkongsian keuntungan. Tetapi anda tidak melakukannya. Anda membenarkan umat Islam untuk terus berdosa dengan membayar faedah. Jadi, anda telah berdosa terhadap manusia dan Tuhan tidak boleh memaafkan anda untuk ini. Anda perlu meminta ampun dari setiap muslim yang sudah meninggal dunia, yang masih hidup, atau yang belum dilahirkan lagi selagi dosa mereka masih berterusan bahkan setelah anda meninggal dunia.

Mahathir bercakap tentang membaca Al-Quran dan memahami apa yang anda baca dengan membandingkan banyak terjemahan yang berbeza untuk memastikan anda memahami dengan tepat apa yang anda baca. Sebenarnya, tidak perlu pergi sejauh ini dan membincangkannya dengan cara yang sangat kompleks. Marilah kita memudahkan perbincangan itu dan lihat sama ada Mahathir memahami apa yang beliau bicarakan atau adakah beliau sama sesat seperti pengganas IS yang dikutuknya.

Islam adalah agama ummah. Itulah sebabnya Muslim dirujuk sebagai umat Islam. Tetapi Mahathir telah menghabiskan hidupnya memecahbelahkan ummah. Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berusaha membalikkan kerosakan yang dilakukan oleh Mahathir kepada umat Islam. Dan Mahathir cuba menentangnya dengan bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk menentang kesatuan umat yang cuba diwujudkan oleh Najib dan Hadi.

Tidak perlu membaca seluruh al-Quran. Tidak perlu membaca 25 terjemahan al-Quran yang berlainan. Hanya fokus pada satu perkataan: umat. Dan tanya Mahathir mengapa beliau menentang kesatuan umat, yang merupakan asas Islam. Semua masalah berkenaan IS, ISIS, perpecahan Sunni-Shia, perang Iran-Iraq yang meyebabkan kematian satu juta nyawa, perang saudara Libya, perang saudara Syria, dan yang lain-lain, hanya satu perkara: pemecahbelahan ummah. Dan Mahathir cuba melakukan perkara yang sama di Malaysia: memecahbelahkan ummah.

Mahathir tidak faham apa yang dikatakannya kerana beliau bukan seorang ulama. Beliau berterusan bercakap mengenai hasil atau tanda-tanda perpecahan umat. Beliau harus bercakap mengenai punca perpecahan ini. Sebabnya adalah kerana ahli-ahli politik seperti Mahathir telah mengadopsi strategi pecah dan perintah untuk menyebabkan umat bergaduh sesama sendiri. Dan itulah sebabnya Mahathir dan Lim Kit Siang boleh bekerjasama: kerana kedua-duanya menggunakan orang Melayu untuk menghancurkan orang Melayu.


MAHATHIR JUGA GUNAKAN ORANG MELAYU UNTUK HANCURKAN ORANG MELAYU

Sekianlah artikel MAHATHIR JUGA GUNAKAN ORANG MELAYU UNTUK HANCURKAN ORANG MELAYU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MAHATHIR JUGA GUNAKAN ORANG MELAYU UNTUK HANCURKAN ORANG MELAYU linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/mahathir-juga-gunakan-orang-melayu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MAHATHIR JUGA GUNAKAN ORANG MELAYU UNTUK HANCURKAN ORANG MELAYU"

Posting Komentar