Kerjasama UMNO dan PAS akan terbentuk, milik DNA sama - Annuar

Kerjasama UMNO dan PAS akan terbentuk, milik DNA sama - Annuar - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerjasama UMNO dan PAS akan terbentuk, milik DNA sama - Annuar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerjasama UMNO dan PAS akan terbentuk, milik DNA sama - Annuar
link : Kerjasama UMNO dan PAS akan terbentuk, milik DNA sama - Annuar

Baca juga


Kerjasama UMNO dan PAS akan terbentuk, milik DNA sama - Annuar

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa meramalkan akan terbentuk kerjasama antara UMNO dan PAS dari masa ke semasa kerana kedua-dua parti itu mempunyai DNA (asid desksiribonukleik) yang sama.

Beliau berkata walaupun PAS menjunjung ideologi dan cara yang berbeza, namun parti itu mempunyai DNA dan matlamat yang sama dengan UMNO iaitu memperjuangkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu.

Katanya, jika dahulu PAS dilihat mencari-cari perbezaan antara parti itu dengan UMNO, namun di bawah pucuk kepimpinan PAS yang ada sekarang menunjukkan sedikit perubahan apabila mereka mula mencari titik kebersamaan itu.

"Oleh kerana PAS itu daripada DNA yang sama maka saya berkeyakinan dia ada titik pertemuan. Selama mana pun dia pergi, dia tidak akan berjalan selari...akan ada titik pertemuan. Maka bagi kita titik persamaan ini marilah kita meraikannya.

"Ia tidak bermakna PAS masuk UMNO, UMNO masuk PAS, tidak bermakna PAS semestinya menyertai BN (Barisan Nasional)...tetapi titik-titik kebersamaan ini, matlamat perjuangan itu menjadi lebih penting. Atas dasar itu saya meramalkan akan terbentuk kerjasama yang lebih kukuh dari masa ke semasa antara UMNO dan PAS.

"Tunggulah beberapa minggu, beberapa bulan lagi bila pilihan raya semakin dekat saya percaya antara pucuk pimpinan PAS dan UMNO selagi mana titik kebersamaan dan taawun itu ada, akan ada pengumuman yang seharusnya menggembirakan umat Islam dan kaum Melayu terutamanya atas kepentingan agama dan bangsa," katanya kepada pemberita selepas program Dialog Perjuangan 4 All, di Balik Pulau Selasa malam.

Program itu turut disertai Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau dan Prof Madya Datuk Dr Junaidi Abu Bakar yang bertindak sebagai moderator.

Terdahulu, Annuar berkata lawan UMNO yang sebenarnya adalah DAP kerana parti itu mempunyai DNA yang berbeza iaitu menentang apa yang dibawa oleh UMNO berbanding parti-parti lain seperti PAS, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang jelas merupakan parti serpihan UMNO.

Beliau berkata DNA DAP jelas berbeza dengan parti-parti politik yang lain di negara ini kerana dasar perjuangan mereka berkiblatkan parti PAP di Singapura.

"DAP juga mempunyai DNA tertentu dan terbukti daripada perjalanan PAP hingga membentuk parti itu dan mereka sering menakutkan kaum Cina untuk membangkitkan kemarahan terhadap pentadbiran kerajaan sedia ada," katanya.


Kerjasama UMNO dan PAS akan terbentuk, milik DNA sama - Annuar

Sekianlah artikel Kerjasama UMNO dan PAS akan terbentuk, milik DNA sama - Annuar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kerjasama UMNO dan PAS akan terbentuk, milik DNA sama - Annuar linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/kerjasama-umno-dan-pas-akan-terbentuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerjasama UMNO dan PAS akan terbentuk, milik DNA sama - Annuar"

Posting Komentar