KEJUTAN BAJET ALTERNATIF PAKATAN, HARAP JANGAN KETAWA…

KEJUTAN BAJET ALTERNATIF PAKATAN, HARAP JANGAN KETAWA… - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KEJUTAN BAJET ALTERNATIF PAKATAN, HARAP JANGAN KETAWA…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KEJUTAN BAJET ALTERNATIF PAKATAN, HARAP JANGAN KETAWA…
link : KEJUTAN BAJET ALTERNATIF PAKATAN, HARAP JANGAN KETAWA…

Baca juga


KEJUTAN BAJET ALTERNATIF PAKATAN, HARAP JANGAN KETAWA…

Beberapa hari saja lagi, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak bakal membentangkan Belanjawan 2018. Seperti biasa, pihak pembangkang awal-awal lagi akan melabel setiap belanjawan yang dibentang sebelum pilihan raya sebagai ‘bajet pilihan raya’.
Ramai di kalangan rakyat yang sudah ‘hadam’ dengan sikap puak pembangkang di zaman ini. Lumrahnya sudah berpuluh tahun, setiap kali bajet dibentang sebelum pilihan raya diadakan, maka mereka akan mendakwa bajet berkenaan sebagai ‘gula-gula’ untuk memancing undi, bukan?

Namun begitu, kita juga tidak wajar melupakan satu lagi trend puak pembangkang di mana mereka akan terlebih dahulu membentangkan ‘bajet alternatif’ mereka kepada rakyat. Biasanya, sudah tentulah ‘gula-gula’nya akan dipastikan lebih memikat walaupun jauh dari logik dek akal!

Seperti yang kita maklum, isu GST sering menjadi senjata mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan yang kononnya menekan rakyat. Walaupun menyedari harga barang kehendak ditentukan permintaan rakyat yang meningkat serta manipulasi harga oleh peniaga, pembangkang tetap memilih untuk menjadi ‘batu api’.

Jadi, penulis menjangkakan pembangkang akan mengumumkan bajet mereka untuk memansuhkan GST walaupun sebelum ini mereka pernah berkata akan teruskan sistem percukaian itu. Sudah menjadi kebiasaan untuk mereka ‘gula-gula’kan rakyat dengan sesuatu yang popular tapi tidak realistik, bukan?

Selain itu, dikatakan mungkin bajet alternatif pembangkang kali ini akan menawarkan rakyat dengan jumlah gaji minimum RM1,500 berbanding RM1,000 sebelum ini. Dengan RM500 itu, mereka mungkin menjangka rakyat akan seronok dan menyokong Pakatan Harapan?

Namun begitu, tidakkah mereka fikir dengan gaji minimum RM1,500 itu akan menyebabkan ramai yang hilang kerja akibat majikan tidak mampu membayar gaji? Dengan kenaikan gaji minimum itu juga bakal menyebabkan peniaga menaikkan harga barang akibat kenaikan kos membayar gaji pekerja, bukan?

Alang-alang mahu ‘membongak’ rakyat di negara ini, apa kata jika Pakatan Harapan tawarkan saja gaji minimum berjumlah RM3,000 sebulan. Bukankah jumlah itu lebih menyenangkan hati golongan pekerja di negara ini? Beranikah mereka?

Penulis juga menjangkakan bajet alternatif Pakatan Harapan kali ini akan menjanjikan pembinaan rumah mampu milik yang banyak dan murah. Malah mungkin mereka akan tawarkan rumah percuma kepada rakyat, bukan? Alang-alang menabur ‘gula-gula’, biarlah lebih manis dari BN, bukan?

Cuba lihat di Pulau Pinang dan Selangor misalnya. Ketua Menteri dan Menteri Besarnya berlumba-lumba membina rumah ‘mampu milik’. Sangat ‘murah’ harganya dan terlalu ‘ramai’ bangsa Melayu yang mampu membelinya. Harga RM500,000 ke atas memang rakyat ‘mampu’ sangat…

Penulis turut menjangka bajet alternatif puak Pakatan Harapan akan menjanjikan penjimatan berjumlah berpuluh-puluh bilion wang negara dan bakal menjana ratusan trilion dana masuk ke kantung kerajaan. Apa susah, forex kan ada…?

Sementara itu, bagi mereka yang mahu membeli banglo mewah dibawah harga pasaran pun mungkin akan tercapai hasratnya. Jika nilai rumah banglo yang mahu dibeli bernilai RM1 juta, mungkin kita akan dapat membelinya dengan harga RM200,000 sahaja. Itu tidak akan dikira sebagai ‘rasuah’…

Kakitangan awam jangan cepat bermuram durja walaupun Pengerusi Pakatan Harapan kononnya tidak menyokong kenaikan gaji kakitangan awam. Bila-bila masa saja dia boleh buat ‘u-turn’ dan janjikan kenaikan gaji ‘triple’ dari gaji sekarang berserta bonus 8 tahun 8 bulan dibayar serentak.

Bagi kakitangan awam yang sudah bersara, penulis menjangka bajet alternatif kali ini akan menjanjikan kenaikan kadar pencen secara maksima. Jangan terkejut jika golongan ini akan dijanjikan pencen sebanyak RM5,000 sebulan seumur hidup. Jadi, tidak perlu risau…

Bagi yang menyokong Pakatan Harapan pula, mereka dijangka bakal mendapat layanan istimewa daripada bajet alternatif kali ini. Dengan hanya membuktikan memangkah Pakatan Harapan pada PRU ke-14 nanti, penulis jangka mereka bakal ditawarkan ‘hadiah istimewa’.

Jika rakyat mengeluh dengan harga petrol sebelum ini, penulis jangkakan bajet alternatif Pakatan Harapan kali ini mungkin bakal menawarkan harga petrol berharga RM0.50 seliter, lebih murah daripada Arab Saudi dan negara-negara minyak yang lain. Jangan bimbang, Pakatan Harapan ada…

Apakah bentuk ‘hadiah istimewa’ itu? Ia mungkin berupa pakej pelancongan 3 hari 2 malam di luar negara berserta tiket penerbangan kelas pertama, wang saku bernilai USD10,000, kereta mewah buatan luar negara dan baucar gajet serta pakej data internet bernilai RM5,000.

Malah bagi mereka yang merekrut pengundi baru Pakatan Harapan, bajet alternatif kali ini mungkin menawarkan bonus berupa rumah 2 tingkat semi-D, saham syarikat bernilai RM100,000, petrol percuma seumur hidup dan elaun RM10,000 setiap bulan.

Tidak realistik kemungkinan-kemungkinan tersebut? Seperti yang penulis katakan, puak Pakatan Harapan sememangnya gemar menjanjikan sesuatu yang tidak realistik, ‘bulan dan bintang’ dan ‘gula-gula’ yang lebih manis daripada BN. Jadi, itu semua tidak mustahil, bukan?

Justeru itu, bersedialah untuk mendengar ‘gula-gula’ Pakatan Harapan yang jauh lebih manis daripada apa yang bakal dibentangkan Perdana Menteri nanti. Jika Najib bakal mengumumkan kejutan yang realistik, bajet Pakatan Harapan dijangka bakal memberi kejutan yang mungkin membuat kita ketawa terbahak-bahak!


KEJUTAN BAJET ALTERNATIF PAKATAN, HARAP JANGAN KETAWA…

Sekianlah artikel KEJUTAN BAJET ALTERNATIF PAKATAN, HARAP JANGAN KETAWA… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca KEJUTAN BAJET ALTERNATIF PAKATAN, HARAP JANGAN KETAWA… linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/kejutan-bajet-alternatif-pakatan-harap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KEJUTAN BAJET ALTERNATIF PAKATAN, HARAP JANGAN KETAWA…"

Posting Komentar