Jangan hina negara dengan gelaran 'Darul Penyangak' - Salleh

Jangan hina negara dengan gelaran 'Darul Penyangak' - Salleh - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan hina negara dengan gelaran 'Darul Penyangak' - Salleh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan hina negara dengan gelaran 'Darul Penyangak' - Salleh
link : Jangan hina negara dengan gelaran 'Darul Penyangak' - Salleh

Baca juga


Jangan hina negara dengan gelaran 'Darul Penyangak' - Salleh

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menggelar Malaysia sebagai 'Darul Penyangak' adalah satu penghinaan terhadap negara sendiri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata amat tidak wajar bagi bekas perdana menteri itu menggelarkan negara ini dengan nama sebegitu kerana gelaran tersebut tidak patriotik dan di luar daripada batas kewarasan berpolitik.

"Jikapun marah dengan kerajaan hari ini, Mahathir tidak sepatutnya menghina negara sendiri. Negara ini adalah negara kita bersama.

"Baik atau buruknya, maju atau mundurnya negara ini, kita perlu bersama mempertahankannya, bukan menghinanya," tegas Salleh menerusi catatan terbaharu di blog beliau Rabu.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada catatan di blog Dr Mahathir yang menamakan Malaysia negara 'Darul Penyangak' berikutan pelaksanaan projek 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Salleh berkata Dr Mahathir sebenarnya mengulangi isu 1MDB dan GST itu dalam setiap tulisan dan ucapannya semata-mata supaya rakyat membenci Datuk Seri Najib Tun Razak Najib dan mahukan perdana menteri itu jatuh.

"Strategi Dr Mahathir ini adalah seperti menyerang ular, iaitu ketuk kepala ular berulang kali supaya akhirnya ular menjadi lemah dan lumpuh. Itu sahaja yang Dr Mahathir mahu, iaitu menjatuhkan Najib. Inilah politik dendam yang tidak baik," katanya.

Beliau berkata Najib sebenarnya telah menjelaskan satu persatu berserta fakta mengenai 1MDB dan juga menerangkan mengenai rasional pelaksanaan GST.

"Dr Mahathir pasti tidak mendengar dan menerima sebarang penjelasan kerana matlamat beliau adalah untuk menjatuhkan PM Najib atas sebab dendam politik, bukannya demi negara," kata Salleh.


Jangan hina negara dengan gelaran 'Darul Penyangak' - Salleh

Sekianlah artikel Jangan hina negara dengan gelaran 'Darul Penyangak' - Salleh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Jangan hina negara dengan gelaran 'Darul Penyangak' - Salleh linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/jangan-hina-negara-dengan-gelaran-darul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jangan hina negara dengan gelaran 'Darul Penyangak' - Salleh"

Posting Komentar