Graduan perubatan boleh sertai program ‘tagging’ tahun depan

Graduan perubatan boleh sertai program ‘tagging’ tahun depan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Graduan perubatan boleh sertai program ‘tagging’ tahun depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Graduan perubatan boleh sertai program ‘tagging’ tahun depan
link : Graduan perubatan boleh sertai program ‘tagging’ tahun depan

Baca juga


Graduan perubatan boleh sertai program ‘tagging’ tahun depan

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Graduan perubatan yang sedang menunggu pengesahan untuk mengikuti latihan perubatan di hospital, boleh menyertai dahulu program ‘tagging’ yang akan diperkenalkan bermula pada tahun hadapan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata program baharu itu berkonsepkan pemerhatian iaitu graduan berpeluang mengikuti doktor bertugas dan memerhatikan cara doktor itu mengendalikan pesakit.

“Ini bertujuan memberikan pengalaman mengenai tatacara perubatan sebelum mereka (graduan) menjalani latihan perubatan di samping tidak membuang masa sementara menunggu bagi latihan tersebut,

“Saban tahun, terdapat sekitar 5,000 graduan perubatan baharu yang memerlukan mereka menjalani latihan perubatan dan langkah ini dilihat akan memberi manfaat kepada graduan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Latihan Penjagaan Kesihatan Bersepadu (IHICD) 2017 anjuran Pusat Pembangunan Karier Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Dewan Kolej Tun Syed Nasir, di sini, hari ini.

Dr Hilmi berkata pada masa ini kementeriannya sedang menyediakan garis panduan program ‘tagging’ itu bagi membolehkan ia dilaksanakan segera.

Bagaimanapun graduan terbabit tidak diwajibkan untuk menyertai program baharu itu dan malahan mereka yang menyertainya juga tidak diberi sebarang insentif, katanya.

“Mereka yang berminat akan ditempatkan di klinik kesihatan atau hospital yang bukan merupakan hospital latihan,” katanya.

Mac lalu, Dr Hilmi berkata terdapat 44 hospital latihan di seluruh negara , terdiri hospital kerajaan dan hospital universiti termasuk hospital tentera dan kementerian akan menambahkan bilangan itu dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat UKM Prof Datuk Dr Imran Ho Abdullah berkata program kerjaya sehari yang diadakan itu bertujuan membantu mahasiswa tahun akhir dan graduan daripada kluster kesihatan mengenai maklumat kerjaya meliputi bidang kesihatan.

“Ia juga menjadi platform untuk mereka berinteraksi secara langsung dengan pihak industri dan menerokai peluang pekerjaan bukan klinikal yang lebih luas di pasaran pekerjaan,” katanya.–Bernama



Graduan perubatan boleh sertai program ‘tagging’ tahun depan

Sekianlah artikel Graduan perubatan boleh sertai program ‘tagging’ tahun depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Graduan perubatan boleh sertai program ‘tagging’ tahun depan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/graduan-perubatan-boleh-sertai-program.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Graduan perubatan boleh sertai program ‘tagging’ tahun depan"

Posting Komentar