Ayat Dah Tahu Dohhhhh!!!!! Pembangkang dakwa Bajet 2018 sebagai bajet pilihan raya

Ayat Dah Tahu Dohhhhh!!!!! Pembangkang dakwa Bajet 2018 sebagai bajet pilihan raya - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ayat Dah Tahu Dohhhhh!!!!! Pembangkang dakwa Bajet 2018 sebagai bajet pilihan raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ayat Dah Tahu Dohhhhh!!!!! Pembangkang dakwa Bajet 2018 sebagai bajet pilihan raya
link : Ayat Dah Tahu Dohhhhh!!!!! Pembangkang dakwa Bajet 2018 sebagai bajet pilihan raya

Baca juga


Ayat Dah Tahu Dohhhhh!!!!! Pembangkang dakwa Bajet 2018 sebagai bajet pilihan raya

Seperti yang dijangka, pembangkang menolak Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan menyifatkannya sebagai bajet pilihan raya, sungguhpun sebahagian besar intipati bajet berkenaan memanfaatkan rakyat di negeri pimpinan mereka.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa pengumuman-pengumuman oleh perdana menteri merupakan sebahagian daripada strategi untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan berlaku bila-bila masa dari sekarang.

"Ini bajet pilihan raya, biasalah. Kenapa bonus kakitangan awam nak kena tunggu sehingga 2018, takkan tak boleh bayar akhir tahun ini?," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, sebentar tadi.

Setiausaha Agung DAP itu juga berkata, apa yang paling ditunggu oleh rakyat daripada bajet itu adalah pemansuhan GST.

Ujarnya, sekiranya kerajaan mengumumkan mengenai pemansuhan itu, Barisan Nasional (BN) akan mampu meraih kemenangan majoriti dua pertiga pada PRU14 kelak.

"Harapan kami (untuk tawan Putrajaya) akan hancur kalau mereka masuh GST," katanya lagi, merujuk kepada cukai yang diperkenalkan kerajaan sejak April 2015.

Sementara itu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mendakwa bajet berkenaan lebih banyak meniru Belanjawan Selangor sebelum ini.

"Saya juga lihat banyak inisiatif yang diumumkan mirip apa yang telah dilaksanakan Selangor. Contohnya, kita telah laksanakan Selangor Brain Bank, tapi hari ini pm baru nk kenalkan MyBrain peringkat nasional.

"Kita telah laksanankan TAWAS, tabungan kepada anak baru lahir, tapi PM ikut jejak sama dengan perkenalkan ADAM50," katanya.

Bagaimanapun, mereka menyifatkan pengumuman mengenai pemansuhan tol di Selangor, Kedah dan Johor, sebagai langkah yang baik sungguhpun ia sepatutnya dilaksanakan sejak dulu. 

"Kita setuju benda baik, baguslah," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang daripada PAS, Idris Ahmad.

Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan turut sependapat dengan Idris, namun mendakwa, penghapusan tol khususnya di Selangor, adalah hasil daripada desakan berterusan rakyat negeri berkenaan.

"Itu bagus. Yang di Selangor itu, kita buat demo sejak dulu lagi. Anda patut lakukannya (hapus) dari dulu lagi. Tapi tak apa setidaknya berlaku sekarang. Tapi kredit patutnya kepada Selangor, bukan kerajaan pusat, kerana tekanan selalu dilakukan oleh kerajaan Selangor," ujar pemimpin PKR itu.


Ayat Dah Tahu Dohhhhh!!!!! Pembangkang dakwa Bajet 2018 sebagai bajet pilihan raya

Sekianlah artikel Ayat Dah Tahu Dohhhhh!!!!! Pembangkang dakwa Bajet 2018 sebagai bajet pilihan raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Ayat Dah Tahu Dohhhhh!!!!! Pembangkang dakwa Bajet 2018 sebagai bajet pilihan raya linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/ayat-dah-tahu-dohhhhh-pembangkang-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ayat Dah Tahu Dohhhhh!!!!! Pembangkang dakwa Bajet 2018 sebagai bajet pilihan raya"

Posting Komentar