Azmin kalah pusingan pertama...Pasal Apa Tu?

Azmin kalah pusingan pertama...Pasal Apa Tu? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin kalah pusingan pertama...Pasal Apa Tu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin kalah pusingan pertama...Pasal Apa Tu?
link : Azmin kalah pusingan pertama...Pasal Apa Tu?

Baca juga


Azmin kalah pusingan pertama...Pasal Apa Tu?

Datuk Seri Azmin Ali terpaksa menelan 'pil pahit' selepas kena akur dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) supaya PKR tidak berunding dengan PAS membentuk kerjasama termasuk pembahagian kerusi menjelang PRU14 akan datang.

Azmin yang tersepit kerana menjadi Menteri Besar atas sokongan PAS kena tekan brek atas usaha yang dijalankanya kerana itu saja jalan selamat baginya buat masa ini.

"Seperti kenyataan yang dibuat oleh Majlis Presiden  ada dua perkara, pertama Majlis Presiden PH menyatakan tiada kerjasama dengan PAS dalam PRU14.

"Yang kedua kita akan atur strategi kemungkinan tiga penjuru dalam PRU14. Dan itu adalah pandangan Majlis Presiden dan kita akan laksanakan,"kata Azmin kepada wartawana selepas menghadiri sambutan ambang merdeka peringkat negeri Selangor.

Ketika ditanya mengenai usahanya sebelum ini yang beriya mewujudkan rundingan bersama PAS,Timbalan Presiden PKR itu mengambarkan ia bukan inisiatif peribadinya seorang.

Dakwanya ia satu pendirian di peringkat parti.

"Itu usaha sebelum ini dan semua perkara ini telah pun dipertimbangkan. Bukan soal saya batalkan (rundingan), itu pendirian PKR. Dan sekarang ini Majlis Presiden berpandangan oleh kerana masa untuk PRU14 sudah terlalu dekat, maka kita kena siapkan jentera di bawah," ujarnya lagi.

Terdahulu, mesyuarat Majlis Presiden PH yang bersidang Isnin malam memutuskan gabungan itu tidak akan menjalinkan kerjasama dengan PAS, selain menegaskan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU14.

Keputusan itu sekaligus mengundang kejutan kerana ia dimuktamadkan di kala kalangan pemimpin PKR sedang berdebat mengenai rundingan bersama PAS, sehingga mewujudkan dua kumpulan yang bertentangan pendapat di dalam parti tersebut.      

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan, PKR kini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang pertama berpendirian keutamaan parti adalah mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor meskipun perlu berunding dan bekerjasama dengan PAS.

Manakala kumpulan kedua pula bertegas mahu PKR komited bersama DAP, PAN dan PPBM sahaja dalam PH menghadapi PRU14.

Rafizi dan Azmin diketahui memang tidak ngam dalam pendirian politik.

Mesyuarat Biro Politik PKR yang menyusul pada Selasa malam pula tidak mengumumkan secara spesifik sebarang keputusan berhubung kerjasama dengan PAS pada PRU14.

Kenyataan media satu perenggan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Wan Azizah Ismail selepas mesyuarat itu secara umum hanya menyebut 'PKR komited kepada usaha memperkukuh Pakatan Harapan serta menyusun strategi untuk menewaskan UMNO-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14'.

Apapun kenyataan itu ditafsir PKR terpaksa tunduk kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan tiada kerjasama dengan PAS.

Jika tidak sudah tentu akan timbul pertelegahan besar dalam PH.

DAP diketahui memang tidak minat sebarang kerjasama dengan PAS dan begitu juga halnya dengan Parti Amanah (PAN).

Kelibat Azmin yang tidak kelihatan di kedua-dua mesyuarat tersebut juga menimbulkan spekulasi.

Beliau dikatakan sudah tahu apa yang akan dihadapi jika hadir.

Bagaimanapun Azmin mendakwa ketiadaannya kerana menghadiri acara lain.

"Sebab saya ada tugasan lain," ujarnya ringkas.

Ketika ditanya lagi adakah PKR tidak akan berbincang dengan PAS, Azmin sebaliknya memberikan reaksi sambil berseloroh.

"Boleh, saya boleh bercakap dengan siapa saja. Malam lalu saya bercakap dengan (Datuk Seri) Zahid Hamidi, kelmarin saya bercakap dengan PM, jadi itu bukan masalah," katanya.

Azmin nampak seperti nak main dalam semak dalam isu kerjasama dengan PAS.

Untuk rekod dua kerusi wakil rakyat Azmin iaitu kerusi Parlimen dan DUN berada dalam kubu PAS.

Kerusi Parlimen Gombak berada dalam kawasan dimana terletaknya markaz agung parti itu di Taman Melewar manakala DUN Bukit Antarabangsa pula sebahagian besar jentera pilihanraya Azmin adalah penyokong PAS akar umbi.

Tanpa kerjasama dengan PAS, kedudukan Azmin sebagai calon Menteri Besar selepas pilihanraya bukan sahaja malap bahkan untuk menang balik kerusi DUN dan Parlimen pun belum tentu lagi.

Beliau mungkin terpaksa angkat bendera putih atau terpaksa tunduk pada pusingan pertama.

Namun demi survival politiknya khususnya di Selangor siapa yang boleh jamin 'langkah Azmin' terhenti begitu saja.

Soalnya mampukah DAP atau PAN dan begitu juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyekatnya dan memastikan keputusan rasmi PH tiada kerjasama dengan PAS dipatuhi.


Azmin kalah pusingan pertama...Pasal Apa Tu?

Sekianlah artikel Azmin kalah pusingan pertama...Pasal Apa Tu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Azmin kalah pusingan pertama...Pasal Apa Tu? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/azmin-kalah-pusingan-pertamapasal-apa-tu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azmin kalah pusingan pertama...Pasal Apa Tu?"

Posting Komentar