Judul : Salam damai Zainol-Tajudin perkuatkan UMNO Pasir Salak
link : Salam damai Zainol-Tajudin perkuatkan UMNO Pasir Salak
Salam damai Zainol-Tajudin perkuatkan UMNO Pasir Salak
Atas kertas laluan Datuk Haji Zainol Fadzi Paharudin selaku ADUN Sungai Manik yang dimenangi pada pilihanraya umum ke 13 yang lalu kelihatan tidaklah begitu sukar.
Pendek kata beliau mampu melakukannya sekali lagi berasaskan gerak kerja, sokongan padu rakyat dan mempunyai reputasi yang baik dikalangan pengundi-pengundi.
Namun hakikatnya ialah laluan yang paling sukar dan jauh lebih getir padanya ialah haruslah dicalonkan terlebih dahulu secara rasmi oleh UMNO bahagian Pasir Salak sebagai calon BN mewakili UMNO.
Keadaan ini dilihat sukar kerana sejak tewas bagi jawatan KetuaUMNO bahagian Pasir Salak pada pemilihan 2013, peluangnya dipilih menjadi calon BN di DUN itu hampir tertutup.
Beliau berdepan dengan situasi dimana UMNO bahagian yang diterajui Datuk Tajuddin Abd Rahman tidak lagi memihaknya bahkan Zainol mengakui “sejak tiga tahun kebelakangan ini saya menderita . . . ramai ahli-ahli parti menjauhi saya walaupun saya ADUN mewakili Sungai Manik.”
Hubungan dingin denganTajuddin bermula apabila Zainol membuat keputusan mencabar Tajuddin bagi jawatan Ketua UMNO bahagian. Pemilihan pada 2013 itu menyaksikan Zainol tewas sekadar memperoleh 256 undi berbanding Tajuddin, 435 undi.
Walaupun tewas bagi jawatan dalam parti dan hanya kekal ketua cawangan di kampungnya, Zainol tidak merajuk malahan terus menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. Dia hanya kalah dalam pemilihan parti.
Dulu, orang PAS tidak menjemput mana-mana ADUN mewakili BN termasuklah Tajuddin,yang juga ahli parlimen Pasir Salak ke program mereka. Pendek kata,bagi PAS, wakil rakyat UMNO musuh politik.
Seperti ada keajaiban Zainol,yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak mengambil alih dari mantannya, Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir, sebaliknya menikmati sokongan luar biasa. Beliau kerap menjadi tetamu rasmi PAS kawasan.
Seperti disebut diawal tadi juga walaupun peluang menjadi YB jauh lebih mudah berbanding menjadi calon BN pada PRU ke14, hal ini hari ini sekadar satu catatan cerita lama.
Sejak mencatat keputusan cemerlang dalam pemilihan bagi G7 ke Perhimpunan Agong UMNO hujung tahun ini, angin perubahan mulai bertiup.
Ketika ditemui wartawan Agendadaily, Zainol kelihatan penuh yakin berkata “Saya dapat merasakan ahli-ahli UMNO bahagian ini akan memberikan saya kerjasama sepenuhnya.”
Lebih manis lagi,Zainol bersetuju menerima tawaran Tajuddin yang melantik beliau sebagai ahli jawatankuasa UMNO bahagian. Dengan perlantikan ini, beliau bakal menghadiri mesyuarat jawatankuasa bahagian serta berpeluang meneruskan sumbangan bakti pada parti.
Untuk rekod beliau yang juga ADUN Sungai Manik sejak 2008 membuat kejutan dengan muncul menduduki tempat pertama pemilihan bagi G7.
Beliau memungut 580 undi. Keputusan penuh seperti berikut: Datuk Zainol (580),Abdul Halim (323),Zulkifli (306),Adnan Mohd(302),Azmi Ismail (268),Dr.Nasarudin (241)dan Shaffek,(184).
Ironinya undi yang diperolehi Zainol (580) jauh lebih tinggi semasa Tajuddin mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian dalam pemilihan jawatan pada 2013 iaitu 435.
Seramai 791 layak hadir dalam mesyuarat agong dan mengundi dalam pemilihan G7 tetapi hanya 671 orang dapat hadir. Dengan lain erti 220 tidak hadir. Bilangan mengundi pula seramai 634 orang sahaja berbanding 37 sebaliknya.
Untuk rekod juga, pemilihan G7 bagi membolehkan ahli-ahli UMNO yang tidak secara otomatik menjadi perwakilan ke Perhimpunan Agong UMNO di Kuala Lumpur bertanding--hanya tujuh tempat dikhaskan.
Ia juga satu indikator pengaruh seseorang ahli diperingkat bahagian—sama ada di terima sebagai pemimpin ataupun sebaliknya.
Tawaran Tajuddin bagi menduduki jawatan kuasa UMNO bahagian dibuat sebelum berlangsung pemilihan bagi jawatan G7.Ia memberi gambaran awal seolah-olah Ketua bahagian berkenaan mengakui pengaruh Zainol di kawasan berkenaan.
Perkembangan terbaru ini membuka laluan bagi pencalonan semula Zainol secara rasmi oleh UMNO bahagian sebagai calon UMNO mewakili BN di DUN Sungai Manik.
Sekadar menyebutnya, UMNO bahagian dalam program pemukiman awal tahun ini membuat keputusan menolak pencalonan Zainol sebagai calonUMNO mewakili BN di DUN Sungai Manik kerana beliau bukan ahli jawatankuasa UMNO bahagian.
Ketika ditanya,dengan perkembangan terbaru, peluangnya mewakili UMNOdan BN pada PRUke14, Zainol berkata “saya serah kepada takdir Illahi . . .terpulang kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan. Saya akur. Jika terpilih saya akan menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan”
Keputusan PRU ke13 seperti berikut: Bagi parlimen Pasir Salak,Tajuddin peroleh 24,875 undi berbanding pencabarnya, Mustaffa Kamil Ayub,17,489 (PKR). BN menang dengan undi majority,7,386. DUN Sungai Manik, Zainol, 11,047 undi manakala lawannya, Osman Abdul Rahman,9,193 (PKR). Majoriti,1,854. Dan DUN Kampung Gajah, Abdullah Fauzi Ahmad Razali 14,140,Ishak Saari (PAS) 8,040.Beliau menang dengan majority 6,100.
Zainol memenangi 5 peti undi dikawasan tradisi PAS berbanding keputusan bagi parlimen dimana calon BN gagal menarik undi dari pengundi PAS. Dalam pilihanraya terdahulu bagi peti undi di DUN Sungai Manik kawasan tradisi PAS gagal dimenangi BN.Zainol mencatat satu rekod buat UMNO Pasir Salak.
Seorang pemyokong Zainol yang teruja dengan perkembangan ini memberitahu seorang ketua kampung menangis di depan Zainol kerana selama ini UMNO gagal memenangi peti undi kawasan tradisi PAS itu.
Beliau menceritakan selesai pilihanraya lalu ADUN Sungai Manik menemui ahli-ahli PAS sambil bersalam mengucapkan terima kasih kerana mengundinya.
Menurut penyokong Zainol yang hanya mahu dikenali dengan panggilan pak haji, surau PAS di Batu 17 sering mengundang YB sempena bulan Ramadhan. “Dia baik dengan semua orang... sebab itu dia adalah winnable dan likeable candidate” di DUN Sungai Manik."

Sekianlah artikel Salam damai Zainol-Tajudin perkuatkan UMNO Pasir Salak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Salam damai Zainol-Tajudin perkuatkan UMNO Pasir Salak linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/salam-damai-zainol-tajudin-perkuatkan.html
0 Response to "Salam damai Zainol-Tajudin perkuatkan UMNO Pasir Salak"
Posting Komentar