Judul : Dalang Bawa Amah Mati Maut Didera Dikesan
link : Dalang Bawa Amah Mati Maut Didera Dikesan
Dalang Bawa Amah Mati Maut Didera Dikesan
Dalang Bawa Amah Mati Maut Didera Dikesan. Dua orang di Indonesia ditangkap atas tuduhan pemerdagangan manusia berhubung kematian seorang orang gaji di Bukit Mertajam.
Pihak berkuasa Indonesia bekata perekrut pekerjaan itu, satu pasangan suami dan isteri yang tidak dikenali, menggunakan dokumen palsu untuk menghantar mangsa, Adelina Sau, 20, ke Malaysia pada 2015.
Dalang Bawa Amah Mati Maut Didera Dikesan. Pembantu rumah itu meninggal dunia pada 11 Februari, sehari selepas diselamatkan oleh kumpulan perlindungan pekerja asing.
Kepala dan wajahnya bengkak dan beliau mengalami kecederaan pada tangan dan kaki, kata seorang wakil rakyat Malaysia.
“Doktor memberitahu orang gaji itu meninggal dunia kerana kegagalan pelbagai organ,” kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.
“Beliau terpaksa tidur di anjung kereta berdekatan seekor anjing yang diikat…kejadian yang tidak patut berlaku.”
Dalang Bawa Amah Mati Maut Didera Dikesan
Perekrut Indonesia itu ditahan pada Rabu atas tuduhan pemerdagangan, manakala seorang lagi suspek sedang diburu, kata polis.
Dua adik-beradik, serta ibu mereka, yang merupakan majikan Adelina, ditangkap di Malaysia.
Kira-kira 2.5 juta rakyat Indonesia bekerja di Malaysia.
Pada 2014, satu pasangan warga Malaysia dihukum gantung kerana menyebabkan orang gaji Indonesia mereka kebuluran sehingga mati.
Pada tahun yang sama masalah penderaan pembantu menjadi perhatian apabila gambar seorang pembantu warga Indonesia di Hong Kong yang mengalami kecederaan parah menjadi tular. Majikannya kemudian dipenjarakan.
Jasad Adelina dijadualkan tiba di Kubang pada Khamis malam.
Ibunya, Yohana Banunaek, berkata seorang lelaki yang beliau tidak kenali datang ke perkampungannya yang terletak kira-kira 7 jam dari bandar Kupang dan menawarkan pekerjaan di Malaysia pada anak perempuannya, tetapi mereka menolak.
“Lelaki itu datang sekali lagi dengan kertas kerja palsu dan keesokan hari kita tidak dapat temui Adelina. Kami percaya dia sudah pergi dengan lelaki itu,” kata Banunaek kepada AFP.
Dalang Bawa Amah Mati Maut Didera Dikesan
Ibunya berkata dokumen palsu itu menjadikan Adelina 6 tahun lebih tua daripada umur sebenar.
“Kami menggesa kerajaan Malaysia menegakkan keadilan untuk Adelina dan pelaku diberi hukuman berat,” kata Lalu Muhammad Iqbal, seorang pegawai di Kementerian Luar Negeri Indonesia.
Angka rasmi kerajaan Indonesia menunjukkan kira-kira 62 pekerja asing dari wilayah Nusa Tenggara Timur meninggal dunia tahun lepas semasa bekerja di Malaysia, kebanyakannya bekerja secara haram.
Adelina merupakan kematian ke-8 tahun ini, walaupun kebanyakannya kerana kemalangan atau penyakit, menurut data itu.
Dalang Bawa Amah Mati Maut Didera Dikesan. “Kes-kes tragik seperti itu selalu berlaku,” kata Pengarah Eksekutif Migrant Care Wahyu Susilo. - free malaysia today
Dalang Bawa Amah Mati Maut Didera Dikesan
Sekianlah artikel Dalang Bawa Amah Mati Maut Didera Dikesan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Dalang Bawa Amah Mati Maut Didera Dikesan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/dalang-bawa-amah-mati-maut-didera.html
0 Response to "Dalang Bawa Amah Mati Maut Didera Dikesan"
Posting Komentar