Hukum penjawat awam bocor maklumat....Sokong 100%

Hukum penjawat awam bocor maklumat....Sokong 100% - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hukum penjawat awam bocor maklumat....Sokong 100%, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hukum penjawat awam bocor maklumat....Sokong 100%
link : Hukum penjawat awam bocor maklumat....Sokong 100%

Baca juga


Hukum penjawat awam bocor maklumat....Sokong 100%

BUTTERWORTH: Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap penjawat awam yang membocorkan maklumat sulit kerajaan kepada orang ramai menerusi media sosial.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata isu berkenaan tidak seharusnya dipandang ringan dan berharap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa dapat mengambil pendekatan drastik untuk mengatasi perkara ini.

Beliau berkata, tindakan tidak bertanggungjawab segelintir penjawat awam membocorkan maklumat sulit kerajaan itu bukan sahaja mencemar nama baik golongan itu, tetapi juga mendedahkan negara kepada bahaya.

"Tindakan itu sebenarnya dikategorikan sebagai mensabotaj kestabilan negara, selain mencemar integriti penjawat awam. KSN perlu bertindak tegas dalam isu ini, termasuk menyiasat hingga ke akar umbi mereka yang membocorkan maklumat rahsia kerajaan kepada umum.

"Satu langkah penyelesaian harus diambil kerana kita bimbang maklumat rahsia yang dibocorkan itu akan digunakan golongan tidak bertanggungjawab atau lebih buruk lagi pihak asing, untuk memfitnah kerajaan tanpa mengetahui perkara sebenar," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri JASA Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mohd Puad berkata demikian mengulas isu kewujudan 'wartawan jadian' dalam kalangan penjawat awam berikutan sikap tidak bertanggungjawab, selain kurang memahami etika penggunaan media sosial, menjadi punca mereka membocorkan maklumat sulit kerajaan kepada orang ramai.

Berikutan itu, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda mencadangkan kerajaan mewajibkan kursus atau latihan khas kepada penjawat awam terutama kakitangan baharu sebelum mereka mula bertugas di jabatan masing-masing dengan memberi penekanan terhadap etika penggunaan media sosial serta kesan menyebarkan maklumat rahsia.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, masyarakat perlu bijak membuat penilaian berhubung kesahihan maklumat di media sosial dengan berpegang kepada prinsip 'fiqh tabayyun' iaitu menyemak asas kebenaran.

"Masyarakat harus menggunakan prinsip fiqh tabayyun iaitu periksa dan semak, sahih atau tidak sahih berita yang disampaikan.

"Namun, kita percaya sekarang ini rakyat sudah bijak membuat penilaian dan suasana sudah berubah berbanding ketika awal kemunculan media sosial. Justeru, sebab itulah pembangkang juga sudah kembali dengan pendekatan ceramah umum kerana mereka sedar rakyat tidak lagi mudah terpedaya," katanya.


Hukum penjawat awam bocor maklumat....Sokong 100%

Sekianlah artikel Hukum penjawat awam bocor maklumat....Sokong 100% kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Hukum penjawat awam bocor maklumat....Sokong 100% linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/hukum-penjawat-awam-bocor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hukum penjawat awam bocor maklumat....Sokong 100%"

Posting Komentar